Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 20 November 2013

Kemelut Dalaman PAS DAP Penang Terburai Satu-persatu

Sejak-jemenjak ini baru PAS sedar yang langit itu tidak selalunya cerah dan kerana semalam mengakibatkan habis 7 keturunan PAS dikikis habis-habisan oleh DAP. Ini bukan sekadar perumpamaan tetapi inilah bahana akibat terlampau terkejar kuasa dari janji air liur DAP.


Merujuk Badan Perhubungan PAS PULAU PINANG - Sidang Media Khas.

Pada 19 Nov 2013 antara jam 1400 hingga 1440 bertempat di Bilik Teratai, Safira Country Club, Sbrg Jaya, SPT. Badan Perhubungan PAS PULAU PINANG telah mengadakan Sidang Media Khas. Majlis telah dipengerusikan oleh Afnan hamimi bin Taib Azamudin - Setiausaha DPPAS Negeri Pulau Pinang/AJK PAS Kawasan Permatang Pauh.
Isu Pas dipinggirkan

1) PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

2) PAS Negeri Pulau Pinang akan mengkaji kembali kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam Kerajaan Negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan.

3) PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas PRU 13 ini, kerajaan Pulau Pinang seperti meminggirkan PAS negeri Pulau Pinang dimana tiada perbincangan yg dilakukan bersama Pas negeri Pulau Pinang.


Sementara itu perkara ini telah dinafikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim menafikan PAS negeri dipinggirkan dan diketepikan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin DAP. 


Beliau yang juga Naib Pengerusi PKR negeri, berkata PAS negeri sepatutnya menggunakan saluran yang tepat dalam membangkitkan isu tertentu seperti Majlis Mesyuarat Pakatan Pembangkang.


Hakikatnya situasi ini telah lama menjadi barah bernanah dikalangan akar umbi PAS Penang. Akhirnya rasa ketidakpuasan hati ini mebuak-buak dan membangkitkan PAS Pulau Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kalau mereka ini benar-benar dari kalangan mempunyai jawatan, portfolio bermakna isu ini membuktikan isu dalaman PAS bersama DAP, sebenarnya telah lama bernanah dan sekarang sakitnya bisa nanah itu semakin merebak menjadi barah hinggakan mulutpun tak mampu menahan untuk menahan jeritan kesakitan. 

Jadi bagaimana untuk dinafikan lagi?

Jadi untuk apa berpura-pura lagi walhal mereka sendiri sudah cukup terasa sakit menanggung azab dipermain-mainkan DAP?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here