Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin membacakan doa sepanjang 20 minit memohon laknat Allah terhadap dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang disebelum ini dilabel sebagai derhaka dan belot kerana melanggar keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang dan MAjlis Syura Ulama.
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka walaupun PAS pusat memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.
Dalam doanya itu, beliau turut meminta agar Timbalan Presiden parti tu, Mohamad Sabu tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan presiden PAS.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan dan melaungkan ‘Allahuakbar’
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
“Saya sebagai pengerusi tetap, minta kamu ringkaskan bacaan doa tersebut” katanya dengan nada tegas.
Sejurus selepas bacaan doa tersebut, Azhari turut menjual beberapa rangkap pantun kepada pengerusi tetap
Tindakan Azhari itu akhirnya menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar Abu Kassim mengambil tindakan ke atas Azhari kerana di dakwa tidak Islamik dan akan mengelirukan umat Islam dan bukan Islam.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
“Saya minta Datuk pengerusi tetap buat satu tetapan (atas tindakan) mengunakan agama dan doa menghentam orang tertentu di dalam doa”
“Apakah ini akhlak dalam jemaah Islam, apakha ini (yang) diajarkan oleh agama?
“Kenapa kita perlu gunakan agama, datangkan hujahnya sepatutnya.” soalnya sebelum petugas keselamatan dari unit Amal meluru dan merampas mikrofon yang digunakan. http://nblo.gs/102Huz
No comments:
Post a Comment