Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 30 September 2014

Ikrar @NikAziz Akan Bawa Gelaran Bapa perpecahan UMMAH Hingga Hujung Nyawa

Ada dua percanggah besar antara NIk Aziz dengan Haron Din yang masing-masing sering tidak sehaluan walaupun masih arkab bersama. Haron Din cuba membersih imej PAS tetapi Nik Aziz enggan melakukannya kerena dendam terhadap UMNO.

Ulama tersohor PAS yang juga seorang hafiz al-Quran, Haron Din hari ini memberi signal kepada ahli parti itu bahawa tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin bersama DAP dan PKR untuk menghancurkan UMNO selama ini perlu dikaji semula.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu menyamakan tahaluf syiasi yang dijalin itu seperti sebuah perkahwinan yang pada bila-bila masa sahaja boleh bercerai sekiranya salah seorang (PKR, DAP & PAS dalam rumah tangga (Pakatan Rakyat) melanggar syarat dan rukun yang ditetapkan dalam Islam. Menurut Harun Din, sekiranya tahaluf telah dicalari di mana syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian bersama ketiga-tiga parti dalam Pembangkang itu dilanggar, maka ulama perlu menimbangkan semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Sepatutnya usaha Haron Din boleh dicetuskan dengan menggabungkan PAS UMNO demi menyentak kesombongan DAP PKR yang beliau sendiri faham hala tuju mereka yang lebih besar percanggah dari UMNO. Tetapi dalam PAS, yang selalu menolak dan meletakkan pelbagai syarat untuk tidak bergabung adalah Nik Aziz.

Perbuatan Nik Aziz bagaikan merelakan generasi mendatang memahat namanya di buku sejerah sebagai Bapa Percahan UMMAH sehingga akhir hayatnya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here