Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 12 June 2013

PRU14 Akar Umbi Singkirkan Kelayakan Haji Hadi

Dalam sebok-sebok geng PAS cuba pasang api untuk mendesak Najib Razak digugurkan dalam PAU. Dalam diam sudah ada gerakan mempertikai Haji Hadi untuk mengetuai PAS di PRU14.

Ini bukan satu ramalan PPM, tetapi telah dibongkarkan oleh blogger PAS sendiri yang kononnya ada akar umbi PAS cap itik sedang mendesak mencari calon baru untuk menggantikan Haji Hadi. Yang menggemparkan calon yang bakal dikemukakan adalah Tuan Ibrahim yang pernah dalam diam-diam khianati Hasan Ali lihat di link ini. Adakah ciri ini bersesuai sebagai ketua?

Entahlah bagaimana cara dan kaedah penentuan diguna pakai untuk mencari ganti calon baru? Walaupun bergitu, ini mungkin permulaan yang baik buat PAS apabila sedar kemampuan Haji Hadi terbatas dan pengunduran Nik Aziz juga mungkin boleh mengubah langskap corak pendekatan politik PAS.

Tetapi kenapa tidak dicalonkan Harun Din yang merupakan orang kedua dalam Majlis Syura? Adakah kewibawaan dan pendekatan Harun Din tidak mampu memberi kelebihan kepada PAS di PRU14? Atau kerisauan akibat barah bencikan perpaduan UMNO PAS belum dapat dibersihkan?



PPM ingin bertanya pada orang-orang PAS. Pernah tak PAS terfikir yang PRU13 telah membuktikan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. Bukankah keputusan keseluruhan dalam PRU13 jelas menunjukan PAS gagal dan kehilangan banyak undi dari orang melayu?

Walaupun ketika ini PAS berpura-pura menggunakan kemenangan besar DAP sebagai alasan kejayaan PAS, tetapi hakikat kebenarannya, PAS tidak berani menyebut kehilangan sokongan orang melayu dan kegagalan mereka mempertahankan Kedah. Malah isu sepatutnya PAS yang paling layak menjadi MB Selangor pun akar umbi takut bersuara?

Persoalannya apa sudah jadi dengan PAS sekarang. Rasanya ada patut buat PAS, masukan faktor ini sebagai ciri-ciri menentukan siapa yang paling layak mengganti Haji Hadi di misi PRU14. PPM yakin yang Anwarinas tidak akan duduk diam dalam soal ini.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here