Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 22 February 2014

Suara Najib Razak Adalah Jelas Demi Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Sebarang fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu ditolak sama sekali di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam soal berkenaan adalah tegas dan jelas bahawa mereka berpegang kepada akidah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, pendirian berkenaan sebagaimana disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.

"Justeru sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak sama sekali.

"Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan hadis Nabi Muhammad SAW yang merupakan hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran. Ini adalah sejajar dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang mengeluarkan kenyataan didakwa boleh menyesatkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Kenyataan Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi sehingga menyebabkan pelbagai pihak mahu beliau dikenakan tindakan undang- undang.

Kelmarin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi itu yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140222/po_03/UMNO-tolak-ideologi-bertentangan-ASWJ#ixzz2u6IRMubk
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

Anonymous said...

ASWJ paling benar jalannya, yg selainnya pasti mengelirukan dan sesetghnya saling bertentangan walau di kalangan individu dr aliran fahaman yg sama. ASWJ jelas kesamaan pegangannya samaada yg tinggi keilmuannya atau dr yg kurang keilmuannya, kerana yg benar pasti tidak bertentangan.
Di M'sia, selain ASWJ bakal mengelirukan ummah dan menimbulkan perpecahan. Kerana itu bg yg berpegangan selain ASWJ, terpulanglah, nanti di Akhirat jawablah sendiri masing masing. Tolong jgn sebarkan. Tak cukup lagikah dosa sendiri nak ditanggung, dosa pengikut pula bakal dipikul sama. Di Akhirat nanti, sekecil kecil dosa pun jika tak diampunkan Allah swt pasti berat dan tak tertanggung.

Isu Terkini

get this widget here