Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 21 February 2014

Taib Mahmud Berasa Lapang Hati Bersara Dengan Adenan Satem Sebagai Ketua Menteri Sarawak


Beliau sering dianggap sebagai pemimpin yang serius, namun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menunjukkan beliau juga punyai sifat santai apabila secara terbuka berkongsi pelbagai sentimen dan harapannya untuk negeri Sarawak dengan pihak media, sebelum beliau berundur daripada jawatan itu hujung bulan ini.

Antara perkara yang menarik perhatian media pada sidang akhbar itu, yang menurut Taib, "mungkin interaksi terakhir beliau dengan akhbar," ialah pengakuan secara berterus terang pemimpin hebat ini bahawa beliau bersara dengan penuh kegembiraan.

"Saya akan bersara menjelang akhir bulan ini dengan penuh rasa gembira dan yakin negara ini akan ditadbir oleh mereka yang berkemampuan, dan saya akan dapat menyaksikan pembangunan secara berterusan.

"Saya tidak akan begitu aktif lagi selepas 1 Mac, maksudnya saya tidak akan lagi aktif bergerak untuk memberi khidmat kerana saya sedar, sudah tiba masanya bagi generasi lain pula untuk mengambil alih. Saya amat yakin bahawa pasukan yang bakal saya tinggalkan, akan mampu melatih mereka yang lebih muda," katanya.

Pada 12 Februari, Taib mengumumkan beliau akan berundur daripada jawatan ketua menteri mulai 28 Feb dan beliau akan digantikan oleh Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri dan anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Adenan Satem, yang juga angota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu. - BERNAMA


No comments:

Isu Terkini

get this widget here