Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 17 February 2014

Cubaan Menghasut Sabah Dan Sarawak Keluar Dari Malaysia





    Sebarang cadangan mengenai Sabah dan Sarawak sepatutnya keluar dari Malaysia dianggap sebagai hasutan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

    Ahli Parlimen Kota Belud itu turut menafikan dakwaan oleh ahli akademik Monash Universiti Malaysia, Prof James Chin bahawa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan negara ini.

    "Kenyataan itu berbaur hasutan kerana dibawah 20-perkara dalam perjanjian yang ditandatangani kedua-dua parti (Persekutuan Tanah Melayu, dan Sabah serta Sarawak pada 1963), pemisahan dianggap pengkhianatan dibawah undang-undang Malaysia.

    "Oleh itu, kami tidak boleh keluar dari Malaysia.

    "Sebagai setiausaha Barisan Nasional di Sabah, tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa yang memberitahu masalah mereka dan mencadangkan pemisahan negara sebagai jalan penyelesaian," katanya.

    Rahman berkata demikian selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).

    Beliau turut menasihati Chin untuk lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu yang disifatkan sebagai isu sensitif.

    Chin semasa berucap pada forum bertajuk Ke Arah Sistem Pilihan Raya yang lebih adil anjuran Majlis Peguam mendakwa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana merasakan negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

    Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyokong lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditambah di Malaysia Timur sejajar dengan perjanjian 1963.

    Mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tindakan Malaysia supaya mewujudkan kawasan pilihan raya lebih seimbang, Abdul Rahman berkata, idea itu akan memberikan Sabah dan Sarawak 'kedudukan lebih baik' dalam pentadbiran negara ini.

    No comments:

    Isu Terkini

    get this widget here