Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 20 February 2014

PAS Sudah Tauliahkan Tony Pua Sebagai Majlis Fatwa Mewakili PAS


PAS berdakwah dengan Saudara Tony Pua selama 6 tahun tapi masih gagal? Sudah hamper 6 tahun PAS dan DAP bergabung dibawah Pakatan Rakyat, Dahulunya pada awal penubuhan pakatan rakyat PAS beriya-iya katakana mereka ingin berdakwah kepada DAP. Akan tetapi hakikatnya DAP masih jahil dalam pemahaman Islam walaupun dikatakan berkawan dengan golongan ulama-ulama di dalam PAS.

Kegagalan terbaru PAS berdakwah terbukti apabila Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam posting laman facebook beliau mempersoal dan mempertikai secara sinis keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan larangan kepada muslim menyambut hari kekasih atau lebih di dikenali sebagai “Hari Valentine”. Pada asasnya fatwa berkenaan adalah untuk muslim sahaja dan tidak mengganggu hak beliau sebagai non-muslim untuk menyambut perayaan tersebut. Banyak persoalan timbul dari posting facebook beliau seperti :

Kenapa beliau bebal dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan?

Siapakah beliau untuk campur tangan dalam urusan hal Islam negara?
Inilah yang dinyatakan didalam facebook beliau “... ‘But now i worry if i would suffer “social problems such as cheating, mental confusion due to alcohol and baby dumpin’ as the result of the Day’s mind colonisation’ so says my country’s religious authority..” maksudnya dalam bahasa melayu : “ ...'Tetapi sekarang saya bimbang jika saya akan mengalami "masalah sosial seperti menipu, kekeliruan mental akibat alkohol dan membuang bayi' sebagai hasil daripada Hari fikiran penjajahan' demikian kata pihak berkuasa agama negara saya...

“ Dalam perkembangan terkini 19 Febuari 2014 : Pengerusi Majlis fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin telah membidas komen YB Tony Pua menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu supaya tidak menyerlahkan kejahilannya dalam isu berkaitan agama Islam. Katanya, fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan. "Tindakan ini tidak kena dan dia (Tony) tidak memikirkan sensitiviti umat Islam.

Ini adalah negara majmuk dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak tahu kesan terhadapnya kelak. "Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam," 20 Febuari 2014 : Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga perlu memohon kepada seluruh umat Islam kerana beliau tidak berhak untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga boleh mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.

Jelas beliau, sebagai seorang wakil rakyat, beliau sepatutnya tahu mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sekali gus agama lain boleh diamalkan secara harmoni di negara ini.

"Pembahagian Mahkamah Syariah juga tidak dikuatkuasakan terhadap bukan Islam, bermakna amalan-amalan atau pandangan yang dikeluarkan Majlis Fatwa tentunya untuk umat Islam sahaja.

"Jadi, apa pula masalah orang lain nak campur tangan mempertikaikan fatwa yang hanya dikhususkan untuk amalan orang Islam?.

"Negara ini sudah memberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, maka beramallah secara harmoni, janganlah keharmonian ini diganggu gugat,"

20 Febuari 2014 : Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, orang bukan Islam tidak ada kena mengena dengan setiap fatwa yang dikeluarkan yang hanya dikhususkan untuk umat Islam.

Oleh sebab itu, jelas beliau, mereka tidak ada sebab untuk berasa terancam dengan setiap larangan yang telah digariskan dalam agama Islam. Kata beliau, sekiranya orang bukan Islam tidak memahami berhubung perkara berkaitan agama Islam, mereka sepatutnya meminta pandangan atau merujuk dengan mereka yang arif tentang Islam.

"Fatwa yang dikeluarkan memang hanya untuk umat Islam supaya mereka tidak terikut dengan budaya masyarakat bukan Islam.

"Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu berasa bimbang kerana mereka tidak ada halangan untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak faham minta pandangan mereka yang tahu tentang Islam," katanya.

Tiada wakil PAS yang mengulas berkenaan posting Facebook YB Tony Pua sehingga kini.... kenapa? Kenapa diam ? Takut ? Malu ? atau Gagal ?

Atau sememangnya PAS telah Tauliahkan Tony Pua sebagai ahli Majlis Fatwa?

Sumber rujukan ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140219/po_06/Tony-Pua-serlah-kejahilan#ixzz2tpOqomBp © Utusan Melayu (M) Bhd Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_09/Tony-Pua-perlu-minta-maaf-tarik-balik-kenyataan-berkaitan-Islam-dan-Hari-Kekasih#ixzz2tpQz5NKr © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Isu Terkini

get this widget here