Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 17 February 2014

Penafian Lim Guan Eng Isu Pengedaran Bible Bahasa Kepada Pelajar Melayu Bercanggah Dengan Bukti


Semalam kita semua dikejutkan dengan satu insiden di Cherok To Kun dimana daging babi di letakkan di pintu masuk sebuah masjid di situ, Kejadian berkenaan disedari oleh pengunjung masjid tersebut semasa ingin menunaikan sembahyang subuh. Kejadian ini telah membuat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan media.

Seperti yang dijangka Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru rakyat Pulau Pinang melawan anasir perosak yang cuba mengugat keharmonian dan keamanan, akan tetapi di penghujung kenyataan media beliau telah menafikan wujudnya laporan tiga individu terlibat dalam pengedaran Bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar melayu dikawasan berhampiran sebuah sekolah di Pulau Pinang. Dipetik dari 

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 17.2.2014. “...Laporan tidak berasas berkenaan tiga orang lelaki mengedarkan Bible dalam Bahasa Melayu kepada anak-anak Melayu di luar sebuah sekolah di George Town yang telah disebarkan secara meluas, hanya menambah kepada ketidakpastian dan kekeliruan. Walaupun diterbitkan oleh akhbar, tidak ada laporan polis yang dibuat dan tiada sesiapa melihat kelibat tiga orang lelaki ini, supaya pihak polis boleh mengambil tindakan.”

Kenyataan Ketua Menteri ini seperti berdolak-dalih ingin mengaburi rakyat Malaysia berkenaan isu ini sedangkan satu laporan polis telah dibuat berkenaan insiden tersebut. Apa sebenarnya Ketua Menteri Lim Guan Eng ingin sembunyi ? 

Ini bukti wujud laporan polis berkenaa insiden tersebut. Siapakah mereka ini yang gambar telah ditangkap oleh pengadu mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah? Bagaimana Ketua Menteri katakana tiada yang Nampak mereka ini?

Banyak persoalan kini timbul berkenaan tiga individu ini dan kenapa Ketua Menteri ingin katakan bahawa laporan berkenaan pengedaran Bible oleh mereka kepada pelajar sekolah tidak wujud. Adakah ini satu cover-up?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here