Apalah hendak dihairankan RM200k kepada Mat Sabu
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.
Setakat 200k Mat sabu boleh sedia satu trealer tabung milo untuk dapatkan RM200k dalam masa seminggu lagipun Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bapa sedara sebelah ucu angah moyang-moyang zaman pra dianasor dulu. Jadi tak ada masalah punya!!
Sekali petik je 4 kaliganda depan mata kan. kan!!
No comments:
Post a Comment