Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 17 March 2014

#PrkKajang Anwar Mengamuk Disebalik Yang terselindung Dalam #MissingMH370 #PrayForMH370


7 Mac 2014 : Mahkamah yang bersidang dengan 3 Panel Hakim telah sebulat suara memutuskan DS Anwar Ibrahim (Anwar) bersalah dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara. Namun begitu, Anwar memfailkan rayuan dan hukuman tersebut ditangguhkan.

8 Mac 2014 : Negara kita dikejutkan dengan berita kapalterbang MAS MH370 hilang. Ianya masih hilang sehingga artikel ini ditulis. Hilang tidak bermaksud terhempas!

Apakah kaitan peristiwa 7 Mac 2014 dan 8 Mac 2014?

Keputusan Mahkamah Rayuan itu menyebabkan rancangan-rancangan Anwar di antaranya untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak menjadi.

Namun anda harus ingat, Anwar dan PKR kini sudah all out dengan Kerajaan kerana Anwar masih berfikiran keputusan Mahkamah Rayuan sebagai konspirasi Kerajaan. Tian Chua pula dalam tweeternya menuduh Kerajaan.



Saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya mengenai skrip di bawah kepada anda.

Peguam Kanan Shafee
Pasukan peguam Anwar yang diketuai peguam berpengalaman Karpal Singh berusaha bermati-matian menghalang perlantikan Peguam Kanan Shafee tetapi tidak berjaya. Kegagalan mereka itu membawa kepada kekalahan pasukan peguam Anwar pada 7 Mac 2014.

Reformasi 2.0
Azmin Ali berusaha menarik emosi rakyat supaya kembali di jalanan dengan Reformasi 2.0, namun rakyat tidak memberi respon di mana pada malam 7 Mac 2014 itu Reformasi 2.0 gagal sama ada di Jalan Tun Razak (Jalan TAR) dan di Stadium Kajang. Kedua-duanya tiada sambutan. Rakyat sendiri menggagalkan pelan Reformasi 2.0 itu.

Boikot Parlimen
Kemudian Anwar mencuba untuk memboikot Sidang Parlimen, namun akhirnya mereka datang juga ke Parlimen kerana mereka sendiri merasakan ianya tindakan merugikan. Mereka kelihatan bodoh di mata rakyat apabila memboikot Parlimen sedangkan mereka mesti berada di dalam Parlimen untuk membahas masalah rakyat.

Pencalonan Wan Azizah Di Kajang
Anwar seorang startegis yang mempunyai idea-idea yang gila. Saya tidak kata Anwar seorang yang gila. Sebenarnya di pihak PKR tiada siapa mahu bertanding di Kajang kerana mereka tahu tindakan “Kajang Move” sudah gagal. Sebab itulah Wan Azizah diletak sebagai calon PKR untuk mendapat undi simpati. Beberapa ahli PKR sendiri dalam tulisan mereka meluahkan kemarahan mereka dengan isu undi simpati ini.





American Jew Association
Seorang bekas ahli Dewan Kongres Amerika Syarikat, Mr. Paul Findley mendedahkan bahawa setiap detik percakapan anda, setiap saat perancangan anda, apatah lagi jika anda sudah bergelumang dengan para strategis American Yahudi, maka anda akan menerima nasib yang sungguh malang. Pergerakan anda akan diintai sepanjang masa, di mana-mana.

Wang dan dana tidak pernah menjadi masalah kepada ahli-ahli politik Yahudi sama ada di Amerika Syarikat atau di Israel.



Seluruh dunia menjadi saksi bahawa Anwar berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”. Anwar tidak akan berkata sedemikian jika tanpa sebab bukan? Beberapa perkataan ini sudah cukup untuk meyakinkan para pelobi Yahudi di Washington DC, dan sudah tentu amat menggembirakan negara Israel. Kita mudah lupa akan hal ini.



MH370
Saya telah membuat penyelidikan sendiri tentang isu MH370. Apabila isu Lahad Datu diceroboh, Anwar bersuara setiap hari. Semasa dan selepas keputusan PRU13, Anwar tidak pernah berhenti bercakap tentang pengundi hantu dan pengundi Bangladesh.

Tetapi apabila kes MH370 ini, Anwar berdiam diri, menjauhkan diri dan berusaha menutup mulut. Bacalah blog peribadi Anwar ataupun Keadilan Daily tiada dan hampir tiada kenyataan mengenai MH370. Kenapa? Anwar dan PKR paling diam dalam isu besar ini berbanding UMNO, PAS, DAP dan rakyat Malaysia. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan?

Kita sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah kuasa besar yang menguasai teknologi komunikasi di angkasa lepas, di dalam laut, di daratan dan di kabel internet anda.

Namun kita juga harus sedar bahawa negara China sudah mengalahkan Amerika Syarikat dalam banyak hal sama ada di angkasa lepas, di dalam laut, di daratan mahupun di internet anda. Sudah tentu anda sedang menggunakan peralatan gajet yang kebanyakannya di buat di China walaupun ianya sekadar under licence.

Presiden Obama dijangka akan mengunjungi Malaysia pada bulan April, 2014 selepas menangguhkannya pada bulan Disember, 2013. Saya melihat sungguh ramai orang mahu menggagalkan lawatan itu!

Seruan
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita memperkuatkan semangat jati diri kita, tanamkan dalam diri kita jiwa Islam, jiwa Melayu, jiwa Malaysia, semangat negarawan yang unggul dan bersatu menolak anasir subversif yang jahat.

Yakinlah supaya MH370 akan selamat dengan iltizam, kesabaran, ketenangan, usaha dan seterusnya doa kepada Allah SWT supaya semua ini akan berakhir dengan kegembiraan. Kita jangan mengalah, insyaallah dengan izin Allah SWT kita diberi petunjuk kejayaan.

Kepada keluarga para penumpang MH370, bersabarlah dengan kuat, bertenanglah dengan kuat dan berdoalah bersungguh-sungguh. Yakinlah, “Kita boleh kalahkan musuh jika kita bersatu dan kita boleh menang jika kita bersatu hati”. - Sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here