Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir
Wednesday, 19 March 2014
#PrayForMh370 Berat Mata Memangdang - Haron Din #MissingMH370
Ketika ada dalam kalangan pemimpin Pas memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370, Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din mempertahankan tindakan kerajaan dan pihak Malaysia Airlines (MAS).
Beliau menegaskan, pihak berkuasa melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat malang itu dan kerajaan berdepan dengan tugasan amat berat untuk dipikul.
"Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
"Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya seperti dipetik dalam portal berita, Antarapos di sini hari ini.
Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu.
Kedua-dua pemimpin pembangkang itu memperlekehkan usaha kerajaan dalam merungkai misteri kehilangan pesawat itu dalam ceramah mereka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Dalam pada itu, Haron menasihatkan rakyat negara ini, khususnya keluarga penumpang pesawat itu untuk menyerahkan perkara itu kepada Allah.
Dalam konteks itu, Haron yang juga pengamal perubatan Islam tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain.
"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan, segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.
"Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahaja atau ada alam lain?" katanya.
Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar, selain gagal dihubungi dan besar kemungkinan pesawat terbabit termasuk ke dalam alam ghaib.
"Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib iaitu maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.
"Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab, bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin alam ghaib boleh menjawab," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140319/dn_08/Haron-Din-pertahan-kerajaan-tangani-krisis-MH370#ixzz2wO2N4Zg2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment