Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 7 March 2012

SELCAT TIN KOSONG BERKARAT


Alahai dah dekat-dekat PRU13, Punaisihat Ekonomi Selangor yang konon gaji RM1, tapi komisen ????? siapa tahukan, dah mula naik bengong memikirkan MB Khalib dengan tergagap-gagap mengisytiharkan duit Yayasan Selangor sebanyak RM1,414,346 habis tampa sebarang pulangan. Hairan betul pada hal diberlanjakan berdasarkan sistem terbaik yang penah dicipta Pakatan Haram selama ini, iaitu sistem SELCAT. Hairan betul macammana fungsi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Adakah kehebatan SELCAT yang dicanang serata Malaysia selama ini hanyalah Tin Kosong Makin Berkarat Mereput. Mari kita selak satu persatu apa benda yang SELCAT niii.


  1. Kerana kehebatan sistem SELCAT, Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah membatalkan menghadiri majlis jamuan tengahari semperna 40 tahun Yayasan Selangor kerana kosnya mak datuk!!! RM396,370. Pehhh!!!! yang peliknya Khalib tak tahupun diberlanja sebanyak tu, Dalam sistem SELCAT ada perkataan "Tak Tahu" hebat tu, akhirnya ada Timbalan dijadikan sebagai kambing hitam dibuang kerja, selamat tengkuk MB Khalib.
  2. Melalui sistem SELCAT 3 lagi majlis haru-biru, majlis berbuka puasa di Dewan Sivik MBPJ pada 21 Ogos 2010, di hentam sampai kos RM167,400, kemudian majlis jamuan Aidilfitri pada 4 Oktober 2010 dibantai sebanyak  RM 330, 476 dan RM 44,452 untuk majlis korban perdana. Memang betul berjimat cermat kerajaan Selangor. Jimat makan keliling la katakan.
  3. Tapi ada yang lumayan lagi kerana kecekapan sistem SELCAT, RPK laporkan kehilangan tanah seluas 234ha bernilai RM250 juta milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd(KHSB).
  4. Dari kecekapan sistem SELCAT RPK dedah lagi Azmin kutip duit pasir.
  5. Dari kecekapan sistem SELCAT juga harga pasir boleh dibeli oleh kroni dengan harga di bawah pasaran.
  6. Dengar kata SELCAT juga untuk menyelia janji PRU12 tapi cuba kita tengok balik betul ke tertunai.
  7. SELCAT boleh mengawal harta benda kerajaan Selangor, betul ke. Abis apa dah jadi dengan bagunan PKNS dengar macam nak tergadai je dan bagaimana dengan kecurian pasir di Selangor, patut ke Khalib tak tahu. Kira ok jugalah dalam tak tahu dapat bonus 6 bulan, tapi kalau tahu, mahu setahun bonus tu. 
  8. SELCAT juga dikatakan digunakan untuk mendedah segala kepincangan dan penyelewengan dalam kerajaan, tapi heran betul pasal apa isu pasir tak boleh dibahas dan dibangkitkan oleh ADUN. Hairan-hairan betul macammana tiba-tiba Kerajaan Selangor sekarang boleh jadi kebal pulak.
  9. SELCAT dengan Tin Kosong Yang Berkarat tak ada beza sebab keduanya sesuai masuk kawasan pelupusan sampah yang bersepah-sepah diserata ceruk Selangor. Sebab dulu Alam Flora punyalah bagus mengurus pelupusan sampah, tapi sebab sifat MB bodoh sombong ingat senang urus sampah serata ceruk Selangor, akhirnya bersepah-sepah sampai berbulan tidak kutip pun ada. PAS juga jadi pecacai pencuci sampah bila terdengar ada TV3 nak datang. Hairan betul SELCAT takda fungsi langsung dalam masalah ini. atau SELCAT sekadar berkisar kepada untung jual pasir.

Kalau ikut fungsi sebenar SELCAT untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di sebalik tabir sebuah pemerintahan negeri terutama dalam hal berkaitan kewangan dan harta yang sepatutnya sampai dan disalurkan kepada rakyat setempat. Seterusnya SELCAT dapat mempertahankan hak rakyat dalam soal perbelanjaan dan peruntukan yang disalurkan. Jadi sekarang sebaliknya berlaku, atau sebenarnya SELCAT untuk pentabiran cekap menyumbat habuan buat kroni ke!!!! atau mencari peluang-peluang baru buat kroni. Alahai Tin Kosong Karat Mereput kasi tukar!! kasi tukar!! bila PRU13. Buang masadepan betul!!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here