Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 4 April 2012

Alasan-alasan Menghalalkan BERSIH


Kecoh sidang parlimen semalam, apabila Pakatan Haram dengan sengaja membangkitkan isu “laporan minority” untuk menggagalkan pembahasan laporan akhir Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. 
Wajah-wajah sebenar di sebalik Bersih

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meluah kekesalannya terhadap tindakan Pakatan Haram menyebabkan laporan akhir diluluskan tampa pembahasan.  “Walaupun laporan itu diterima dan diluluskan Dewan Rakyat, beliau berkata, kelulusan tanpa dibahaskan itu tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang dicurahkan semua pihak yang mengambil bahagian, termasuk tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu”- Bernama 

Sudah tentu keputusan ini, akan menjadi suatu persoalan yang negatif yang boleh dipolitikan Pakatan Haram. Hakikatnya itulah yang dikehendaki Pakatan Haram untuk mencari alasan meyakinkan rakyat agar menghalal dan menyertai himpunan Bersih yang bakal dijalankan sebelum PRU13. 

Walaupun Pakatan Haram sedar keseluruhan 82% daripada 22 syor penambahbaikan dipersetujui. Semuanya Pakatan Haram ingin padamkan bergitu sahaja, demi menjayakan matalamat utama. Meraih simpati rakyat yang kononnya Pakatan Haram ditindas. Malah menghasut rakyat memerangi Suruhanjaya Pilihan Raya demi menyempurnakan matalamat Pakatan Haram menjejak kaki di Putrajaya dengan apa-apa kos, mereka sanggup lakukan. 

Inilah mainan politik Pakatan Haram yang semakin terdesak, apatah semalam Datuk Sri Najib telah membuktikan 3 tahun yang diamanahkan buat Najib, diterjemahkan dengan kecermelangan mentabir Negara melalui usaha kuat menjayakan Tranformasi Kerajaan yang menyeluruh, berbanding prestasi Anwar sebagai penasihat Selangor dipenuhi dengan pelbagai masalah hingga gagal menunaikan janji-janji PRU12 dan pelbagai masalah tempatan yang sampai sekarang belum dapat diselesaikan. 

Wajah-wajah tarikh luput Pakatan Haram semakin banyak cacat-celanya, apabila dibandingkan perestasi UMNO-BN yang bergitu menyerlah. Setakat cakap banyak-banyak tapi kerja tidak jalan mana rakyat hendak pandang Pakatan Rakyat. Inilah harapan akhir Pakatan Haram mencari jalan bagaimana memperdayakan rakyat dengan mempolitik apa sahaja untuk hidup.

1 comment:

Street Writer said...

MOHON ADD LINK

NALURIRAKYAT.BLOGSPOT.COM

TQ TUAN...

Isu Terkini

get this widget here