Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 15 September 2012

Khalib Bocorkan Janji Turun Harga Kereta Hanyalah Manifesto Sahaja

Ahhh Sudah spin tidak habis-habis puak-puak PKR nih!! Bocor Rahsia!! Keluar pulak Janji Turun Harga Kereta Bukan Satu Janji tetapi hanyalah Manifesto PRU 13. Jadi maksud Khalib manifesto PRU13 tak perlu ditunai sekadar untuk penyedap mulut jelah. Adus makin ramai kena kencing nihhh!!

Alamat ramai lagi kena kecing hidup-hidup selepas ini! Kalau nak tahu lagi! Rujuk sampai habis dibawah ini...

Pengumuman kerajaan PKR Selangor untuk tidak menyertai pilihan raya umum mengukuhkan dakwaan bahawa pembangkang berhasrat menggunakan wang rakyat Selangor dalam usaha mempertahankan kedudukan politik di negeri itu.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, mengambil contoh keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersedia membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), dana rakyat Selangor sekali lagi akan menjadi mangsa.

"Itu memang hakikatnya dan mereka sudah pun melakukan perkara seperti itu, contohnya dalam kes Rafizi. Mereka menggunakan dana kerajaan negeri untuk membela dia, sedangkan apa yang dilakukan itu memang menyalahi undang-undang." katanya kepada Antarapos.

Justeru, Kamalanathan membidas sikap tidak bertanggungjawab Khalid terhadap kuasa dan amanah yang diberikan rakyat.

"Itukah kuasa yang beri rakyat kepada kerajaan negeri supaya kes-kes untuk menjaga kebajikan ahli-ahli parti dengan menggunakan dana kerajaan negeri. Tidak perlu pilihan raya, kita sudah nampak kerajaan menggunakan dana sumber kerajaan negeri untuk membela seorang yang telah melanggari undang-undang," tambah beliau.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, semalam.

Menurutnya, "jika Selangor memilih untuk mengadakan pilihan raya serentak maka sumber negeri tidak boleh digunakan kerana selepas sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan maka kerajaan negeri berfungsi sebagai kerajaan sementara".

"Di sini kita boleh lihat PR menggunakan pendekatan serampang dua mata, mereka boleh fokus kepada Parlimen dengan menggunakan sumber negeri.

"Bagi pilihan raya negeri Selangor, jentera pilihan raya PR seluruh negara akan berkumpul di Selangor. Kita akan menyaksikan pertembungan besar besaran antara PR dan BN di negeri ini," memetik laporan Sinar Harian.

Kamalanathan kemudian menyatakan rasa khuatir dengan sikap tidak bertanggungjawab pakatan pembangkang jika terus menggunakan dana rakyat bagi kepentingan politik semata-mata.

Katanya, ini kerana ia akan meninggalkan kesan buruk kepada kerajaan BN kelak sekiranya berjaya menawan kembali Selangor.

"Saya juga khuatir kalau inilah perangai mereka (Pakatan Rakyat), saya khuatir kalau BN (Barisan Nasional) ambil alih Selangor pada pilihan raya nanti mereka akan memberi pelbagai masalah kepada kerajaan BN."

Tegasnya lagi, beliau percaya rakyat negeri itu sudah mula sedar dan kini telah membuka mata seluas-luasnya terhadap salah laku pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor tentang niat murni serta janji manis yang ditaburkan pembangkang hanyalah retorik semata-mata.

Malah, beliau turut menempelak Menteri Besar Selangor merujuk kepada manifesto yang ditawarkan sedangkan hakikatnya kerajaan pembangkang gagal memenuhi janji setelah empat tahun mentadbir negeri itu.

"Tan Sri Khalid kata semua menifesto-menifesto PR itu bukannya janji. Contoh bila PR janji nak turunkan haraga kereta itu bukan janji...menifesto sahaja, jadi sekiranya dia menang sekalipun tiada apa...Kita tahu 'track rekod' mereka, mereka tidak akan lakukan.

"Kerana menurut Menteri Besar semua menifesto atau janji-janji tidak perlu ditunaikan," kata beliau.

Sumber rujukkan

No comments:

Isu Terkini

get this widget here