Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 15 September 2012

Isu Retorik Yang Paling Meroyankan Pecacai

Memang tidak syak lagi! Puak-puak penyokong tegar Pakatan Rakyat lebih suka angan-angan melangit! Semua benda Auta yang Anwar dan Rafizi karang dipercaya bula-bulat. Yang paling "Best" yang muka-muka yang kerap kena kencing tu jugalah, masih tidak serik-serik menawar diri jadi mangsa.

Apalah daya kalau hidup mereka suka sangat dengar drama seloka Anwar Ibrahim, apa nak boleh di buat lagi. Tetapi yang pasti!! Pakatan Rakyat bakal tinggal sejarah kaki kencing terhebat di Malaysia. Sebab janji bagi tanah datang bulldozer dan kalau tak pun tanah dirampas, janji hendak sedia kawasan mencari rezeki dihalau untuk kemudahan Ultra kiasu dan bermacam-macam hal mereka menyusahkan rakyat.

Cuma satu je permintaan kalau dah kalah janganlah buat onar laa pulak kat negara ni yeee!! Sedarlah diri sebab Pakatan Rakyat langsung tidak layak mengtabir negara ini. Sebab sekali dah kelentong, lama-lama orang naik jerak!

Kita tengok apa lagi janji dan retorik Pakatan Rakyat setelah kerap sangat jadi kaki kencing! Yang bau hamisnya macam 4 tahun tidak basuh! Adus kena pulak Khalib kata Manifesto bukannya janji! Jadi tidak ditunaikan pun tidak apa! Adus macamni ke pecacai boleh percaya sangat! Memang PecahPalakMikir puak-puak nih!!

 
CHERAS, 3 Ogos -- Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan tipu muslihat pembangkang kerana pembangkang kini dilihat semakin ghairah memanipulasi minda rakyat semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Katanya, pembangkang memang bijak dalam mengelirukan rakyat. "Baru-baru ini Rafizi kena tahan sebab Bafia. Itu bukan salah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Perkara ini ada undang-undang dan akta. Ini bukan masalah Najib (Perdana Menteri) takut kepada Rafizi atau sebagainya. Kita dah perintah negara ni lama, dah 66 tahun... Apa kita nak takut. Kerajaan BN telah melaksanakan yang terbaik malah Perdana Menteri dan Timbalannya turun ke bawah untuk bantu rakyat. "Kalau kita tengok parti pembangkang bukan nak bantu rakyat, mereka menyusahkan rakyat. Buat rakyat pening. Akhirnya yang akan rugi rakyat. Jadi saya minta rakyat berfikir. Pembangkang tak buat apa. Mereka tidak mendekati rakyat dan tidak menyalur sumbangan kepada rakyat. Mereka hanya retorik. "Mereka cakap nak turunkan harga kereta. Saya nak bagitau, kalau boleh dah lama dah BN buat, tak payah tunggu pembangkang cakap. Mereka tak perintah negara. Jadi mereka boleh berjanji apa sahaja kepada rakyat. Tetapi kalau ditakdirkan mereka menang, percaya dan yakinlah mereka tidak akan buat apa yang mereka katakan. Mereka akan buat berbagai alasan, kerana mereka tak mampu," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Pusat Rekreasi Cheras, di sini hari ini. Oleh yang demikian, Syed Ali meminta agar rakyat berfikir apa yang telah kerajaan BN lakukan selama ini untuk membela nasib rakyat daripada pembangkang yang hanya pandai pusing cerita untuk kelirukan rakyat. "Saya harap sangatlah rakyat untuk melihat dan berfikir sendiri sebelum buat keputusan. Jangan sampai nasi jadi bubur. Kita menangis air mata darahpun benda dah terlepas. Sebab itulah rakyat kena berhati-hati menilai apa yang telah kerajaan hari ini lakukan demi mereka," tambahnya lagi. -- MediaUMNO 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here