Kenapa Anwar hendak terkejut dan melatah dengan kebangkitan rakyat! Bukankah ini budaya didikan Anwar Ibrahim! Jika hendak dibandingkan kebangkitan Anwar sebelum dan selepas keluar penjara!. Anwar telah mempergunakan rakyat dengan hasutan membenci kerajaan an membuat pelbagai aktiviti ganas.
Semasa itu Anwar Ibrahim telah mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat dalam sekelip mata sahaja! Tetapi keadaan sekarang amat berbeza apabila situasi sebaliknya telah berlaku. Sebelum ini kebanyakan golongan anti Anwar Ibrahim sekadar bersikap bersabar sahaja dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim.
Memandang sikap Anwar Ibrahim semakin melampau malah terdapat banyak bukti-bukti jelas Anwar semakin galak membuka pintu untuk memasukan pengaruh kuasa asing dalam urusan negara, telah menyebabkan semakin ramai rakyat hilang sabar.
Sekarang rakyat semakin berani mempersoalkan tindak tanduk Anwar Ibrahim secara berdepan sehingga ada kes Anwar lari tinggal pentas ceramah. Malah rakyat semakin bosan dengan sikap Anwar Ibrahim yang sering memperlagakan rakyat dengan fitnah yang dikarangnya.
PKR, PAS dan DAP tidak dapat hidup jika mereka tidak sepakat membawa isu rasuah, isu salah guna kuasa dan keganasan polis. Sebab itu apabila mereka mengadakan sebarang program ceramah akan dimasukan elemen ini sebagai kaedah menanam rasa benci kepada rakyat. Tidak perlu bukti dan tidak perlu fakta yang penting semua sepakat membawa cerita yang sama dan itu Pakatan Rakyat. Tampa rasa benci rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat akan gagal.
Dalam kegairahan mereka membawa elemen sebergini, sebenarnya Pakatan Rakyat juga tidak lari dari masalah salah guna kuasa dan rasuah. Tetapi setiap isu membabit dari kelompok mereka akan dipendamkan dengan mengalihkan kesalahan kepada UMNO. Malah Pakatan Rakyat akan sentiasa mencari isu yang boleh mempopularkan mereka, walaupun sebelum ini janji 2008 sampai sekarang belum dapat ditunaikan kerana mereka tiada kemampuan dan kemahiran berbanding memecah belah rakyat Malaysia.
Inikah pertanda semakin ramai rakyat meluah rasa bosan kepadaq Anwar Ibrahim yang juga terkenal sebagai raja kencing! Kita tunggu dan lihat. Yang pasti bagaimana Anwar Ibrahim sampai sekarang gagal menaikkan popularitinya melalui hasil kerja dan menunai janji yang telah lafazkan. Sampai bila kita hendak mendakap biawak hidup!
No comments:
Post a Comment