Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 11 October 2012

Bukti Rakyat Sabah Tidak Dipinggirkan


Pakatan haram sentiasa cuma mereka cipta isu membabitkan Sabah kononnya dipingirkan tetapi ternyata semua itu hanya fitnag semata-mata.

FELDA Sahabat baiki 1,300 rumah rakyat miskin di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,300 rumah rakyat termiskin di Sabah selesai dibaiki oleh FELDA Sahabat setakat ini tahun ini manakala 300 lagi dijangka siap menjelang akhir tahun, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata seba-nyak RM24 juta, iaitu 30 peratus daripada keuntungan FELDA diper-untukkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat tersebut di 16 kawasan Parlimen di negeri ini.

“Sebelum ini FELDA melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki rumah, tetapi di bawah pelaksanaan Strategi Lautan Biru, projek ini dilakukan secara bergotong-royong bersama agensi di bawah tanggungjawab saya.

“Untuk projek ini, FELDA mengeluarkan peruntukan daripada keuntungannya, manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melaksanakan kerja-kerja membaiki rumah sebagai sebahagian usaha murni mereka semantara Biro Tata Negara memanggil orang ramai untuk turut serta dalam projek gotong-royong,” katanya pada Majlis Bersama Media di sini malam kelmarin.

Ahmad berkata, dalam melaksanakan Strategi Lautan Biru yang diamal-kan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, FELDA Sahabat turut memperkenalkan formula kurangkan, tingkat-kan, reka dan hapuskan (RICE) dalam melaksana tanggungjawab mereka. — Bernama


RM1.971b dibelanja untuk pembangunan

KOTA KINABALU: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.971 bilion atau 45.1 peratus daripada peruntukan 2012 sehingga 21 September ini bagi membiayai projek pembangunan yang dilaksanakan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, di bawah Pelan Pusingan kedua RMK-10, negeri ini diberikan peruntukan sejumlah RM4.376 bilion bagi tahun 2012 untuk melaksanakan sebanyak 743 projek.

“Bagi menjayakan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa ke-2 (GTP 2.0), kita perlu melaksanakan enam prinsip transformasi sektor awam iaitu ‘Cepat, Tepat dan Berintergriti (CTI), produktiviti, kreativiti dan innovasi (PCI).

“CTI menuntut pelaksanaan tugas dengan cepat, segera dan tepat tanpa mengetepikan integriti, manakala PCI pula memberikan penekanan kepada produktiviti dan outcome dalam tindakan dan hasil kerja.

“Warga negara perkhidmatan awam juga perlu kreatif dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang lebih berdaya saing serta sentiasa mencari idea baru menerusi Strategi Lautan Biru,” katanya kepada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Sabah, di sini kelmarin.

Beliau turut menyeru agar ketua-ketua jabatan terus turun padang dan melihat dengan lebih dekat mengenai pelaksanaan projek dan pembangunan.

“Semua setiausaha tetap, pengarah dan ketua jabatan disarankan agar lebih responsif menekankan pengurusan bercirikan turun padang dengan pegawai dan kakitangan masing-masing,” katanya.

Musa berkata, pendekatan merakyatkan perkhidmatan awam amat penting untuk meningkatkan kecekapan.

“Dalam hal ini, warga perkhidmatan awam perlu menilai sumbangan masing-masing kepada rakyat selama ini yang menjadi pelanggan dengan pendekatan lebih mesra dan bersifat membantu,” tambahnya. Sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here