Hah DAP memang bijak-bijak dan berani. Tetapi dalam sekuat-kuat DAP punya keras kepala masih juga terpaksa tunduk dengan ROS. Tetapi isu yang lapuk dan DAP tidak terang-terang menjadi parti penuh dengan helah dalam survival kroni ligasi mengatasi dasar yang tulus.
Sebab itulah mereka boleh berjanji hak yang sama rata kepada semua pihak tertapi hakikatnya hak mereka akan melebihi dari orang kain kerana DAP atau orang cina palibg tinggi menguasai ekonomi dan sekarang mereka berhajat menguasai politik pula.
SHAH ALAM: Anak bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor - Amran, kecewa dengan keputusan parti itu yang tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.
Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu sebelum ini berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.
"Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang kali ini untuk menambah anggota CEC berbangsa Melayu dengan tidak mahu mengenengahkan calon Melayu yang baru setelah ahli-ahlinya menolak calon-calon Melayu yang bertanding dalam konvensyen terdahulu.
"Saya berpendapat DAP kian berada dalam kedudukan goyah jika secara berterusan bergantung kepada undi masyarakat Cina sahaja kerana desas-desus makin kuat mengenai kedudukan komponen parti dalam Pakatan Rakyat kian tergugat," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini.
Menurut Amran, walaupun memahami keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula itu dalam keadaan 'keterpaksaan', DAP sepatutnya mengambil peluang untuk mengukuhkan kedudukan parti dengan mencalonkan lebih ramai ahli-ahli Melayu ke CEC berbanding lapan orang sebelum ini.
Justeru, katanya, berdasarkan rend keputusan sebelum ini yang menyaksikan semua lapan pemimpin DAP Melayu tersingkir mengikut pengiraan undi pada 16 Disember 2012 sebelum berlakunya pengiraan semula, pihaknya menjangkakan ahli-ahli DAP akan memberikan keputusan yang 'serupa' pada 29 September akan datang.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan senarai nama calon dan delegasi bagi pemilihan semula itu mengikut senarai yang sama digunakan pada Kongres Nasional 2012 yang lalu.
Malah, katanya, 17 delegasi yang telah digugurkan parti selepas Kongres Nasional 2012 juga disahkan boleh mengikuti pemilihan semula itu, jika mereka mahu berbuat demikian.
"Calon-calon bagi CEC yang baru ini akan menggunapakai senarai nama yang sama sepertimana yang kita tetapkan pada 2012 yang lalu.
"Ini berikutan tidak timbul sebarang kontroversi atau masalah berhubung senarai calon-calon berkenaan, sebab ROS hanya arahkan kita lakukan pemilihan CEC yang baru," jelas Lim.
DAP pada 14 Ogos lalu terpaksa akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula CEC setelah mendapat tekanan dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi dan pemimpin parti itu.
Menurut pengerusinya, Karpal Singh, keputusan itu diambil sebagai cara akhir menyelamatkan parti itu dari dibatalkan pendaftaran.
Terdahulu, ROS pada 30 Julai lalu telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, selain desakan dari ahli-ahlinya yang mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi ketika proses pengundian.
Lebih 700 ahli dipinggirkan daripada pemilihan yang berlangsung pada Disember lalu sekali gus melanggar peraturan parti. sumber
No comments:
Post a Comment