Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 13 November 2012

Politik Semakin Ganas Semenjak Era Siapa?

Semenjak era siapakah? Bermulanya perubahan persekitaran politik Malaysia dicampur aduk dengan adengan keganasan.

Apa yang PPM inggat semenjak Anwar dipecat bermula pelbagai peristiwa himpunan membawa adengan keganasan. Hari demi hari semakin merebak menjadi lebih kritikal. Ikuti paparan dibawah.....


Sama ada marah, benci atau meluat. Itu antara jawapan yang masih menjadi persoalan mengapa ada sesetengah pihak sanggup mensabotaj wajah pemimpin atau logo parti politik yang terpampang di kain rentang-kain rentang yang digantung.

Sejak Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), insiden seperti itu dilihat semakin menjadi-jadi namun yang masih belum dapat dirungkaikan sama ada yang melakukan perbuatan itu adalah pihak itu sendiri untuk mencari publisiti murahan seperti didakwa atau sebaliknya.

Di kawasan Subang Jaya, Puchong dan Seri Kembangan pemimpin daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR) sering menjadi mangsa vandalisme apabila wajah mereka di kain rentang atau poster dikoyakkan sewenangnya.

Pada sambutan Aidilfitri tahun 2008 , wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo antara yang menjadi mangsa di kain rentang.Wajah kedua-duanya yang dipaparkan dalam kain rentang ucapan perayaan itu digunting pihak yang seolah-olah tidak suka melihat wajah mereka.

Setahun selepas itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan pula menjadi mangsa apabila gambar wajahnya di kain rentang untuk pemberitahuan majlis perjumpaan bersama penduduk  dikoyakkan.

Ketika memberi maklum balas mengenai insiden itu sebelum ini Hannah berkata, beliau tidak mengetahui motif pihak yang melakukannya dan menolak perbuatan itu ada kaitan dengan mana-mana isu panas di kawasan pentadbirannya.

Menurutnya, tindakan seperti itu memang tidak wajar kerana  negara ini mempunyai sistem demokrasi yang memberi peluang sesiapapun memberi ceramah atau menganjurkan program.

Sementara itu, tidak terkecuali pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional (BN) yang turut menjadi mangsa, namun jenis sabotaj yang dilakukan kepada mereka bersifat lebih ‘keras’.

Ketua Wanita MCA Selangor, Senator Chew Lee Giok mendakwa pernah dua kali berdepan insiden hitam digertak beberapa penyokong parti politik ketika menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu.

 Tidak cukup dengan itu katanya, plat logam yang dipamer di kenderaan miliknya juga dibengkokkan ketika menghadiri sambutan perayaan di Pusat Rekreasi Batu 11, Balakong.Dalam kejadian pertama, beliau mendakwa beberapa penyokong parti politik berlawanan membuat bising, menjerit-jerit dan menyuruh beliau turun dari pentas ketika sedang memberikan ucapan.

Tindakan ini memang tidak betul, saya sendiri berasa bimbang ketika hendak hadir memberi ucapan politik di sesuatu tempat selepas dua kejadian yang berlaku kepada diri saya. 

“Masalahnya bila berlaku kejadian seperti itu bukti tiada menyebabkan polis gagal mencari si pelakunya,” katanya kepada Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/politik-sabotaj-antara-marah-benci-dan-meluat-1.103528
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Isu Terkini

get this widget here