Kempen kempen memperkasakan Akta Hasutan dilakukan setelah mengambil kira senario politik yang keterlaluan pada hari ini apabila suara-suara aktivis politikus yang mirip dan obses dengan liberalisme.
Suara-suara mereka inilah menyebabkan kerajaan mengumumkan hasrat berkemungkinan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.
Tetapi setelah desakan pelbagai pihak seperti NGO, blogger dan orang ramai, kerajaan sudah mendengar suara rakyat yang sebenar.
Apatah kebanyakan yang mendesak ini adalah dari golongan yang ada agenda yang sangat bahaya.
Sedarkah kita apa yang sedang berlaku dalam parlimen. Tindak-tanduk ahli parlimen adalah sukar untuk dikawal walaupun ada Akta Hasutan dan bagaimana jika sudah tiada lagi Akta Hasutan
Kita kena sedar, menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI HAL-HAL YANG MERUPAKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948.
Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen sendiri boleh kehilaangan Kekebalan dari pendakwaan DI BAWAH AKTA HASUTAN.
Sedar tak kita selama ini ada usaha-usaha untuk menghapuskan kedudukan Raja-raja melayu! Bayangkanlah apa akan terjadi jika tiada lagi Akta Hasutan.
Malah bergitu juga dengan kedudukan agama, hak sabah sarawak. Bayangkan siapa yang sedang menghasut memerdekakan borneo masih terlepas dari akta hasutan. Bayangkang soal hak pelbagai kaum dan sentiviti-sentiviti yang cuba digugatkan dengan pelbagai kaedah hasutan terutama di alam maya.
Setelah usaha pelbagai pihak tahniah buat semua dan tahniah buat Datuk Sri Najib kerana mahu memperkasakan Akta Hasutan. Alhamdulillah.
Setelah usaha pelbagai pihak tahniah buat semua dan tahniah buat Datuk Sri Najib kerana mahu memperkasakan Akta Hasutan. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment