Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 24 November 2014

@CMLimGuanEng Rayuan Dewan Ulama Selamatkan Haji Hadi Tidak Akan Dilayan

Aduhai apa punya malang nasib Haji Hadi. Dah masuk ketahap Dewan Ulama PAS tampil merayu dengan bahasa selunak-lunak bahasa tetapi Lim Guan Eng tetap tak endahkan.

Apa lagi selepas ini perlu melututkah!! Sekarang ini biarlah apa jua PAS hantar untuk selamat Haji Hadi akan menyebabkan DAP semakin bongkak kerana PAS dulu bolehlah dibawah kuasa Dewan Syura atau Murshidul Am PAS.

Sekarang tidak lagi!! Sekarang tuan yang paling berkuasa dalam PAS adalah DAP. Sebab itu seteruk mana Timbalan Presiden PAS dimata orang PAS dia tetap akan jadi Timbalan Presiden PAS mungkin tak lama lagi Presiden PAS.

Ini zaman siapa yang paling kaya dan dia paling berkuasa. PAS parti apa kalau ada pakar buat projekpun setakat siap batu asas sahaja kalau tidak percaya tanyalah Husam Musa. 

Kalau pakar cari duitpun setakat sedia tabung derma sahaja. Itupun belum tentu hasilnya semua dinikmati parti PAS. Kalau tidak percaya imbas-imbaslah kes tabung Memalipun lesap!!

Inilah tahap kedudukan PAS yang tidak ubah macam parti minta sedekah. Adakah ini fitnah tanyalah sendiri bagaimana PAS buat duit untuk selamatkan parti. Itupun ada juga yang dah dedah kes tanah itu ini. Kes balak Nik Azizi sendiri pernah dedahkan.

Nampaknya semua itu menjadi faktor penyebab kenapa DAP paling berkuasa terhadap PAS. DAP ada kemampuan untuk buat apa sahaja untuk menentu hala tuju PAS. Lagipun orang PAS memang sayang sangat DAP malah mereka percaya tanpa DAP PAS tidak akan berjaya.

Ops salah tanpa Pakatan Rakyat. Tetapi tanyalah dalam Pakatan Rakyat siapa paling berkuasa kalau bukan DAP. Harapkan Anwar!! Anwar lagi merayu-rayu minta tolong DAP selamatkan dari kes liwat!! Sebab itulah dalam PKR langsung tidak berminat hendak selamatkan Haji Hadi sebab merekapun bertuankan DAP.

Tidak percaya!! tengoklah Azmin Ali dia sanggup ketepikan soal kepentingan Agamanya semata-mata hendak ambil nama dengan DAP dalam kes penyerahan Bible baru-baru ini.

Jadi sekarang PAS hendak merayu-rayu DAP selamatkan Haji Hadi. Minta maaflah kecuali kalau Haji Hadi sanggup menjadi sebebal Mat Sabu itu gerenti dapat DAP bantu.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here