Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 25 November 2014

Modus Operandi SCAM ALERT: PANGGILAN ‘TEBUS ANAK’ Di Balai Polis

Anda pastinya akan terkejut sekiranya menerima panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa sebagai pegawai pihak berkuasa dan meminta anda untuk membayar sejumlah wang bagi melepaskan seorang ahli keluarga anda yang ditahan di atas sesuatu kesalahan jenayah.

Pihak polis telah mengesan Modus Operandi yang digunakan oleh sindiket untuk memperdayakan mangsa sepertimana berikut:-

1. Suspek adalah rakyat tempatan yang akan menyamar sebagai pihak berkuasa dan untuk meminta wang untuk tujuan membebaskan anak mangsa yang ditahan atas kesalahan jenayah. 

2. Suspek menggunakan Voice Over Internet Protocol (VoIP) yang menyalin / klon nombor telefon milik anak mangsa yang diperolehi dan menghubungi ahli keluarga selain turut mengetahui latar belakang ahli keluarga mangsa.

3. Suspek akan mensasarkan mangsa yang rata-ratanya berusia 50an dan ke atas.

4. Lebih meyakinkan apabila mangsa juga dibenarkan bercakap dengan ahli keluarga yang ditahan yang dipercayai dilakonkan suspek dalam tempoh singkat.

5. Mangsa diarahkan untuk meletakkan wang di lokasi yang ditetapkan seperti di bawah kerusi stesen bas, pondok telefon, tokong atau tong sampah.

Nasihat Polis:
1. Jangan muda percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri sebagai pegawai kerajaan, penguatkuasa atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang memaklumkan ahli keluarga telah ditahan.

2. Hubungi agensi atau pihak berkuasa terbabit terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diberikan atau identiti pegawai yang telah menghubungi anda. 

3. Sekiranya menghadapi situasi tersebut, sentiasa bertenang dan cuba sedaya upaya untuk mengenalpasti lokasi sebenar anak anda.

4. Minta bantuan atau hubungi rakan atau orang yang terdekat dengan anak anda.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here