Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 24 November 2014

@NajibRazak sudah masuk Fasa 'hyperconnected' Tetapi akar umbi dekat mana?

CARA parti-parti politik dunia mengendalikan penguasaan politik mereka sudah berbeza, seiring dengan perkembang­an semasa. Suatu ketika Barack Obama memiliki pasukan kempen digitalnya yang cekap dan berkesan sehingga membawa kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden. Semua anggota kempen digitalnya bukan orang politik tetapi saintis. Ada antaranya saintis Matematik, statistik dan termodinamik.

Baru-baru ini, musuh parti Obama, Republikan berjaya menewaskan Demokrat dalam pilihan raya setelah mendatangkan team kempen digitalnya dari Lembah Silikon. Hal ini dibangkitkan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam pertemuan beliau dengan penulis di bilik Menteri Komunikasi dan Multimedia itu di Parlimen Rabu lalu. Terdahulu dalam dewan, Ahmad Shabery baru sahaja ‘memba­suh’ beberapa wakil pembangkang dalam isu membabitkan kementeriannya sambung baca disini

Sekarang Datuk Sri Najib juga menekankan tiga kunci perubahan yang perlu dihadapi dalam dunia 'hyperconnected'.

1. Manusia/rakyat semakin bebas berkongsi idea hingga ke peringkat global mengenai sesuatu pentadbiran. Diperkasakan dengan revolusi maklumat dan mempunyai ekses terhadap Internet mereka mampu memberi cabaran kepada sesebuah kerajaan. 

Rakyat boleh akses kepada statistik, petunjuk dan perbandingan antarabangsa. Akses ini boleh dianggap sebagai satu bentuk keistimewaan oleh golongan muda.

2. Cabaran pembinaan negara bangsa yang memerlukan penglibatan rakyat. Cabaran ini memerlukan rakyat merasakan mereka dihargai oleh komuniti.

3. Cabaran ketiga berkaitan diplomatik. Sesebuah negara yang berjaya tidak berlaku secara tiba-tiba. Sebaliknya ia dilaksanakan melalui hubungan dengan negara jiran, sekutu dan pesaing.

Persoalannya sejauh mana akar-umbi UMNO bersedia untuk ke fasa seterusya? Tak akanlah kita main masuk sahaja tanpa memahami bagaimana hendak hadapi 'hyperconnected' tanpa menjadi faktor meruntuhkan parti?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here