Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 1 November 2012

Pratonton Nik Aziz Terbabas Mengjawap Misteri Lembah Sireh


Aduhai terbabas juga akhirnya Nik Aziz untuk mengjawap isu Misteri Lembah Sirih. Entah kemana hala tujunya langsung tidak berani menghurai apa yang sebenarnya sedang berlaku. Bagaimana jika seorang Menteri besar gagal mengjelaskan masalah Misteri Lembah Sirih.

Untuk yang belum penah baca isu lalu sila rujuk sini, dan berikut adalah pendedahan Perkasa soal Misteri Lembah Sireh. Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh 
PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.

"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini. - Sumber 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here