Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 30 October 2012

Dilema Wan Azizah Semakin Kronik


Aduhai!! siapa Presiden PKR dan apa yang telah terjadi? Inilah dilema Wan Azizah Semakin Kronik sudah tidak tahu hendak buat apa lagi? Senang cakap mati kutu dalam genggaman Anwar! dilema Wan Azizah Semakin Kronik kerana dirinya merelakan dibonekakan! Dilema Wan Azizah Semakin Kronik tiada jati diri walaupun bergelar DR..... Pecah Palak Mikir.

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera campur tangan serta bertegas di dalam konflik yang berlaku di Selangor kerana beliau merupakan ketua PKR iaitu parti yang telah diberi mandat memerintah negeri berkenaan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, jika Wan Azizah enggan mengambil tanggungjawab tersebut, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan.

Malah, kata Muhamad Rahimi, sekiranya isteri kepada Ketua Pembangkang itu berpendapat kepimpinan parti tidak lagi dapat dikawal ekoran isu yang melanda Selangor pada masa ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu wajar mengambil tindakan membubarkan PKR.

''Berhentilah jadi seorang presiden parti hanya semata-mata Wan Azizah isteri Anwar. Wan Azizah sepatutnya menjadi presiden parti yang mampu memainkan peranan yang lebih penting termasuk boleh mengawal setiap masalah.

''Sekiranya tidak berkemampuan, wajar Wan Azizah meletakkan jawatan dan jika Wan Azizah sendiri merasakan pimpinan partinya tidak lagi boleh dikawal, lebih baik beliau bubarkan PKR,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Jalur Tiga (Jati), Norman Toha yang menyatakan selaku Presiden PKR, Wan Azizah perlu bertanggungjawab terhadap kemelut rasuah dan salah guna kuasa di dalam kerajaan negeri Selangor.

Menyentuh isu sama, Muhamad Rahimi berkata, setiap rakyat Selangor perlu 'masuk campur' menyelamatkan negeri mereka.

''Kita sendiri telah melihat bagaimana kegagalan pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Mereka tidak mempunyai kesepakatan dan meletakkan kepentingan peribadi serta politik mengatasi rakyat.

''Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal tiba, rakyat harus bijak memilih dengan meletakkan kembali mandat kepada Barisan Nasional (BN). Rakyat tidak boleh membiarkan sahaja perkara ini terus berlaku dengan memberikan mandat kepada mereka sekali lagi,'' katanya.

''Walau apa pun, saya yakin rakyat Selangor bijak memilih dan akan memilih parti yang lebih berhak memerintah,'' katanya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, sebagai Presiden PKR, Wan Azizah perlu segera menangani masalah serta kemelut yang melanda Selangor kerana perkembangan itu telah meresahkan rakyat.

''Wan Azizah juga wajar mengarahkan Azmin Ali selaku timbalan beliau agar meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kemelut yang melanda negeri Selangor daripada isu pasir, air, Talam serta aset-aset negeri,'' katanya. Sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here