Minta maaf laa kerana salah sangka dekat Badrul amin, Rupa-rupanya Badrul Amin Shopping baju Anak-anak Laa Bukan Ikut Al-Arqam itulah kalau orang membeli belah dekat kedai dan bukannya dekat khemat yang sedang berlangsung acara yang dikaitkan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Al-Shaari yang mengasa Al-Arqam.
Itu belum ikut kisah kononnya ada bunyi ghaib lagi tu! tengok ni!
KUALA LUMPUR, 2 Nov - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) percaya konsert khas 'Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib' bertujuan menghidupkan kembali ajaran sesat tersebut di Bandar Country Home, Rawang, semalam.
Dalam serbuan JAIS, beberapa individu turut ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron dalam sebuah konsert yang dihadiri hampir 3,500 orang.
Menurut JAIS, serbuan dilakukan kerana melanggar arahan mufti dibawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan turut merampas kain rentang dengan perkataan didakwa sebagai cubaan menghidupkan ajaran Al-Arqam.
Sebelum itu, pengikut tegar pernah mengadakan konsert yang sama empat hari selepas pengasas Ashaari Muhammad meninggal dunia pada 2010 yang didakwa cuma ghaib dan akan kembali memimpin dalam masa terdekat. Al-Arqam diharamkan di negara ini pada 1994. sumber KLpos
Inilah yang buat musykil apahal yang Badrul Amin Shopping baju Anak-anak di dalam khemah majlis Al-Arqam
Ada apa-apa agenda tersembunyi atau adakah Badrul Amin menjadi utusan merisik?
No comments:
Post a Comment