Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 20 September 2013

Kedai Mampu Milik - Najib Tekad Memperkasakan Bumiputera

Semenjak Datuk Sri Najib umumkan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi semakin lantang diserang puak-puak Pakatan Haram sebagai rasis. Namun bergitu Najib diharap jangan alang-alang teruskan dengan Kedai Mampu milik. Biar kali ini benar-benar diperkasakan dengan penuh lengkap supaya impian bukan menjadi sekadar harapan.
INI KENYATAAN DSN....
Kerajaan akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata langkah itu akan dilaksanakan di bawah fokus ketiga Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

"Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad, dan kerajaan negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada kaum Bumiputera di seluruh negara," katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Sabtu lepas, Najib mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasa ekonomi Bumiputera, berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan beliau sendiri.

MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Antara strategi itu ialah menangani Bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. - Bernama

No comments:

Isu Terkini

get this widget here