Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 17 September 2013

Tasis Dr Dzulkefly " PAS Jentera Pemusnah Ummah "

Bertapa hebatnya Dr Dzulkefli bermain wayang dengan kepura-puraan yang nyata apabila tampil sebagai cendikiawan hebat PAS, membentang tasis memperkasakan PAS tetapi lebih kepada jentera pemusnah perpaduan umat islam Malaysia Buktinya..


Ini ceritan Dakwah PAS mestilah ‘menerobos’ rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka, seperti diwar-warkan oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 



Tapi sayang sekali cara pendekatan Dr Dzulkefly mengabaikan matlamat dan prinsip sebenar PAS yang ingin memertabatkan syiar islam. Mereka takut untuk memperdebatkan lagi soal isu kepentingan islam sebab itu Dr Dzulkefly mengatakan:


Ini kerana sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, katanya PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada pilihan raya seharusnya memastikan dakwah yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu. 


Sebenarnya PAS hampir menawan hati orang-orang melayu tetapi kerana PAS bergitu terdesak dan tergopoh-gopoh ingin mencari kuasa, hingga mereka tersalah langkah memilih PKR dan DAP. Sayangnya soal ini tidak pula dibangkitkan oleh Dr Dzulkefly sebaliknya:


“Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja ‘Pengalaman Kekalahan’ pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.


Persoalanya dimana dikatakan berdakwah jika PAS boleh membenarkan bukan islam masuk masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah-dakyah politik membenci sesama islam? Tetapi tidak juga Dr Dzulkefly perhujahkan sebaliknya dia terus menyambung kajiannya dengan:


Tambahnya, di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi siasah kepada mereka. Beliau menambah, PAS perlu melaksanakannya serentak kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah.


Sedangkan dakwah mereka sepanjang masa tersasar, bercampur bagaimana corak pemerintahan PAS keatas Kelantan seringkali meminggirkan hak rakyat dan kebajikan rakyat Kelantan. Sebaliknya fungsi pentabiran PAS terhadap Kelantan hanyalah bagaimana untuk mempengaruhi lebih ramai orang islam membenci sesama islam. Hingga berlaku kisah sembahyang tidak sah berimamkan orang UMNO, korban orang UMNO tidak halal, Sembahyang berasingan imam berdasarkan pegangan politik. Wali orang UMNO tidak sah hingga suami PAS menceraikan isteri kerana menyokong UMNO.

Siasah apa yang hendak dibawa? 

Sebenarnya tidak berani diperjelaskan permasalahan PAS yang cenderung mencari kuasa sebaliknya Dr Dzulkefly mengabaikan isu ini dan menyambung kepada:


Berkongsi pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, katanya walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.


Dengan mengabai isu songsang PAS Dr Dzulkefly menyambung terus menerus kepada bagaimana mencari kuasa, mempengaruhi rakyat percayakan PAS dan bencikan Barisan Nasional sebab itu Dr Dzulkifli menyambungkan kepada:


Ini, ujarnya kerana sebahagian besar Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS.

Hakikatnya sama ada Dr Dzulkefli menyembunyikan atau jenis melayu mudah lupa, hingga kebenaran yang kejatuhan PAS bukan kerana MELAYU MUDAH DIBELI OLEH UMNO tetapi faktor terbesar adalah PAS MUDAH DIBELI OLEH PKR DAN DAP hingga sanggup menggadaikan perjuangan islam dan perpaduan ummah.


Sebenarnya Dr Dzulkefli hanyalah membentang amalan lama PAS untuk diguna pakai semula bukannya memperbaiki matlamat dan prinsip perjuangan PAS. Sebab itulah Dr Dzulkefli membunyikan fakta yang paling bermasalah buat PAS hingga memecah-belahkan perpaduan ummah, hingga negara ini hampir-hampir diperintah bukan islam. Sebab itu PPM gelarkan tasis Dr Dzulkefly sebgai " PAS JENTERA PEMUSNAH UMMAH"


No comments:

Isu Terkini

get this widget here