Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 20 September 2013

Video Anwar Selindung Malu Terkena Buah K'O Tun Dr Mahathir

Akhirnya dengan hanya 5 soalan Tun Dr Mahathir cukup untuk membuatkan tampil dengan penuh malu, Anwar berpeluh-peluh bukan setakat sehari tetapi seminggu telah diberi peluang. Rupa-rupanya Anwar hanya mampu tewas sebelum sempat membidas balik serangan Tun Mahathir. Lihat apa dah jadi klik video ini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan-akan berdalih dari dakwaannya apabila tidak menyalahkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam 'Projek IC' sepertimana yang didakwanya sebelum ini.

Menurut beliau, Mahthir tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya dalam hal tersebut dan siasatan lanjut perlu dilaksanakan bagi mencari dalang sebenar penyerahan kerakyatan negara kepada warga asing.

"Mahathir tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya. Ianya cuma perkara ini berlaku ketika pemerintahan beliau dan berterusan selepas tamat pemerintahannya," katanya kepada Panel Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini.

Anwar dalam kenyataanya turut menyebut, hal ini bukanlah sebuah propaganda besar parti Barisan Nasional (BN) tetapi merupakan agenda individu di dalam parti yang ingin meraih sokongan.

Beliau kemudiannya terus menafikan pembabitannya bersama Projek IC dengan mendakwa pergerakannya disekat semenjak berada di dalam kabinet menteri.

"Semenjak memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO hingga ke Timbalan Presiden UMNO pergerakan saya disekat. Di mana-mana sahaja akan ada Pegawai Cawangan Khas akan mengekori saya.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan tidak pernah dijemput dalam mana-mana mesyuarat bagi membincangkan isu memberi kerakyatan kepada warga asing," ujarnya.

Tambah beliau, beliau juga tidak pernah diberitahu mengenai hal tersebut ketika memangku jawatan Perdana Menteri sewaktu Tun Mahathir berada di luar negara selama dua bulan.

“Ketika memegang jawatan sebagai pemangku Perdana Menteri saya juga tidak diberi taklimat berhubung dengan projek ini. Malah tidak pernah melihat ataupun menandatangani sebarang dokumen untuk kelulusan pemberian IC.

“Dulu dalam kerajaan setiap perkara yang ingin dilakukan perlu mendapat kebenaran ataupun kelulusan dari Perdana Menteri, sesiapa pun tidak boleh membuat sebarang keputusan termasuk memberi IC tanpa kebenaran Mahathir,” ujarnya lagi.

Anwar merupakan saksi ke-210 dalam perbicaraan RCI Projek IC selepas Tun Mahathir memberi kenyataannya di tempat sama minggu lalu.

Menurut Tun Mahathir, Anwar yang tahu mengenai isu tersebut pada ketika itu boleh menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here