Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 17 September 2013

Haji Hadi Biar Bangsa Sendiri Merempat Asalkan Couvinis Terus Kaya-raya

Bila PAS dikatakan mudah dibeli DAP, mereka marah panas baran tidak ketahuan hala. Hakikatnya pendirian meteka lebih memikirkan nasib perut sendiri dati melihat bangsa melayu dan bumiputera berpeluang untuk menyaingi cauvinis.

Haji Hadi sakit hati sangatkah dengan bangsa sendiri atau sememangnya jiwanya sudah kelam dibeli-beli dengan umpan kuasa dari DAP? Selama ini tidak pernahpun PAS mendapat sebarang kelebihan dari DAP melainkan menjadi hamba memenuhi nafsu DAP.

Untuk apa perjuangan PAS kalau sekadar menjadi perosak kepada bangsa sendiri malah melampau-lampau hingga menggadaikan keutuhan agama islam di negara ini. Lihatlah apa pendirian Haji Hadi bila khalimah Allah menjadi tuntutan hak DAP?

Sekarang Haji Hadi lebih kejam mahu melihat bangsanya sendiri merempat di tanah tumpah darahnya. Haji Hadi lupa yang Cauvinis bimbang kebangkitan melayu dan bumiputera bangkit menguasai kekayaan menyaingi Cauvinis. Kerana dengan ada kekayaan Melayu dan Bumiputera boleh berdiri lebih teguh tanpa terlampau menagih simpati cauvinis. ITULAH DINAMAKAN KEADILAN KERANA MELAYU BUMIPUTERA BERJUMLAH 67.9% MAJORITI PENDUDUK MALAYSIA.

Nilai tekad Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan itu untuk siapa kalau bukan memberi ruang dan peluang untuk melayu dan bumiputera bangkit menyaingi Cauvinis dari terus-menerus terpinggir ditepi bandar kerana tiada kemampuan menyaingi Cauvinis di dalam bandar-bandar besar. Lihat ini untuk siapa.

* Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran. 

* Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

* Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.

* Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.

* Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 
* Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

* Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.

* Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia. 

* Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.

* Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.

* Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.

* UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

* GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

* Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.

* Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. 

* Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015. 

* Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional. 

* Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang. 

* Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.

* Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.

* Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

* Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

* Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

* Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

* Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

* Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

* Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera. 

* Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

* Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.

* TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri

* Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU.

1 comment:

Unknown said...

PAS tu berfikrah Khawarij, kerjanya melawan apa saja walaupun baik. Kalau bukan dari PAS ianya tidak betul. Sebab PAS ada dapat ilham dan boleh baca menembusi hati, Kalau nak bersihkan dosa boleh sertai PAS, macam bekas MB Selangor. Dulu dicaci tapi bila masuk PAS tercucilah segala dosa. Adakah kemungkina PAS sengaja dibiarkan tertubuh oleh penjajah British supaya umat melayu berpecah sampai musnah negara ini seperti mana dibiarkan tertubuhnya negara Iran untuk merosakkan kesatuan negara Arab Islam?

Isu Terkini

get this widget here