Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 20 December 2012

Bala Buat Petani Kedah Demi Kerakusan Kerajaan PAS



Kerakusan aktiviti pembalakan di Kedah bakal membawa kesan negatif kepada tanaman padi khususnya untuk tempoh jangka panjang.

Berdasarkan kajian awal, dua keadaan dikenal pasti bakal menjejaskan pengeluaran padi di Kedah disebabkan kegiatan pembalakan secara berleluasa iaitu, kekurangan bekalan air dan tanaman musnah ditenggelami banjir.

Jika itu berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan sumber ekonomi hampir 55,130 keluarga tani di Kedah tetapi lebih buruk, negara mungkin terpaksa mengimport lebih banyak beras untuk menampung keperluan domestik.

Ini kerana buat masa sekarang kawasan tanaman padi di Kedah seluas 96,558 hektar di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyumbangkan 40 peratus daripada jumlah pengeluaran padi negara.

Namun, jika kawasan tadahan air di Pedu dan Jeniang yang selama ini membekal 10 peratus sumber air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning dibotakkan, MADA bakal berdepan masalah penyusutan bekalan air.

Sedangkan, padi memerlukan air yang banyak terutamanya di peringkat awal tanaman kerana jika bekalan air gagal disalurkan mengikut jumlah sepatut disebabkan takungan di empangan menyusut, tanaman padi akan bermasalah.

Selain itu, aktiviti pembalakan juga memberi kesan langsung kepada pengeluaran padi kerana tanaman tersebut akan mati jika kawasan sawah ditenggelami banjir akibat sungai utama menjadi cetek kerana mendapan.

Lebih-lebih lagi, Kedah merupakan salah sebuah negeri yang saban tahun terpaksa berdepan dengan Monsun Timur Laut dan jika sungai cetek akibat mendapan hasil pembalakan tidak mustahil banjir lebih teruk daripada 2010 akan berlaku.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan wujudnya kegiatan perlombongan dan aktiviti korek pasir di Bukit Kachi yang mana sisa lumpur dalam kelikatan tinggi kemudiannya mendap di sungai-sungai utama di Kedah.

Menurut jurucakap MADA, kesan awal hasil aktiviti pembalakan secara berleluasa di kawasan tadahan air kepada tanaman padi di Kedah sudah mulai kelihatan dan keadaan itu perlu diatasi segera.

“Tanaman padi di Kedah di bawah kendalian MADA memberi hasil sehingga RM1 bilion setahun atau RM500 juta untuk satu-satu musim tetapi jika pembalakan tidak dikawal dan bekalan air berkurangan, kita akan bermasalah.

“Kebimbangan kami adalah untuk tempoh jangka panjang kerana jika pembalakan tidak dihentikan segera tanaman padi akan terjejas teruk sama ada disebab kekurangan air atau berlaku banjir lumpur," katanya.

Sementara itu, laporan pengeluaran padi yang dijalankan pihak MADA menunjukkan sudah berlaku kadar penurunan hasil pengeluaran bersih padi di Kedah untuk tempoh 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Bagi musim pengeluaran pertama 2009, kadar hasil bersih adalah berjumlah 489,783 metrik tan, kemudiannya menyusut sebanyak 46,338 metrik tan kepada hanya 443,445 metrik tan pada 2010.

Penyusutan juga berlaku untuk pengeluaran musim kedua di mana jumlah hasil bersih 2009 adalah 486,409 metrik tan tetapi menurun 17,533 metrik tan kepada hanya 468,876 metrik tan untuk 2010.

Penurunan kadar pengeluaran itu dipercayai ada kaitan dengan aktiviti pembalakan kerana kemusnahan padi akibat banjir 27 September 2010 yang membabitkan 827 hektar sawah padi hanya melibatkan satu musim pengeluaran.

Artikel Penuh: ALOR SETAR 18 Dis. -  Utusan Melayu

No comments:

Isu Terkini

get this widget here