Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 18 December 2012

Video Haji Hadi Gila Kuasa Hingga Kaum Mengkafirkan Aisyah r.a Diperlawa Menjadi Ahli PAS

Berginikah cara seseorang pemimpin yang mengakui Ahli Sunnah sehingga sanggup memperlawa kaum Khawarij dan Syiah menjadi sebahagian ahli PAS.
Syiah

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.

Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.

Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.

Khawarij Kelompok Sesat Pertama Dalam Islam

2 comments:

Anonymous said...

Subhanallah...Mintak admin page ni bertaubat dari fitnah yg dibuat. Aku hadir dan dengar secara live semasa ucapan TGHH ni. Kenapa perlu cut ayat terakhir, "Syiah nak masuk PAS boleh, Khawarij nak masuk PAS pn boleh...

TAPI KENALAH IKUT CARA PAS."

Jelas sekali dlm kenyataan di awal ucapan, cara PAS ialah cara AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH.

UMNO...UMNO...Tak habis-habis dengan FITNAH.

Anonymous said...

Subhanallah...Mintak anon 21:51 ni fikir betul-betul sebelum suruh orang bertaubat dari 'fitnah' yg dibuat. Kan kata Tuan Abdul Hadi, "Syiah nak masuk PAS boleh, Khawarij nak masuk PAS pn boleh...

TAPI KENALAH IKUT CARA PAS."

Jelas sekali dlm kenyataan di awal ucapan, cara PAS ialah cara AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH aka Isle Tok Guru Nik Aziz. Buktinya? Agaknya kamu sudah lupa Amanat Hadi 1981. Agaknya kamu 'dibutakan' mata hati kerana terlalu taksub pada pemimpin kamu sendiri (iyalah, kan dijamin syurga penyokong Pas ni...)

Tak apalah, lepas ni, jangan buat apa yang Tok Guru larang lah ye, jangan langsung berurusan dengan orang-orang yang ada kaitan dengan UMNO atau BN (jangan kahwin kalau berkadikan orang BN, jangan makan sembelihan orang BN, jangan berimmkan orang BN, jangan hantar anak ke sekolah-sekolah agama yang teraang-terang dibiayai oleh BN, jangan pergi haji pun sebab Tabung Haji tu inisiatif BN, dan bermacam lagilah).

PAS... PAS... Tak habis-habis dengan FITNAH plus BODOH yang melampau. Minta dibukakanlah mata hati kita semua untuk mencari kebenaran.

P.S: UMNO tak ada kat Sarawak ye wahai Anon 21:51... kalau ada pun kami tak terima sebab kami dah ada PBB, SPDP, PRS dan SUPP di sini...

Isu Terkini

get this widget here