Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 27 December 2012

Tuan Ibrahim Berani Mempertikaikan [ Video Anwar Ibrahim ] Kalimah Allah Hak Kristian

Kecoh dikalangan PAS cuba berlagak membantah tindakan Lim Guan Eng, yang cuba menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Dengan itu bangkitlah general PAS seperti Tuan Ibrahim kononnya membantah usaha Lim Guan Eng! Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Adakah Tuan Ibrahim ikhlas dalam soal ini? Kalaulah Tuan Ibrahim Ikhlas kenapa dia masih ingin mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri? Cuba Tuan Ibrahim dan kuncu-kuncu pro PAS yang sedang sedaya upaya mengalihkan isu dengan menyalahkan UMNO BN, tolong saksikan sendiri apa diperkatakan Anwar di dalam video ini.

Ini gimik PRU 13 kerana sudah hampir! Menyebabkan PAS tidak mahu memanjang lebar masalah yang boleh menggugatkan kedudukan PAS dimata masyarakat islam Malaysia. tetapi hakikatnya mereka telahpun berseetuju dengan bersetujunya melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan tawan Putrajaya. Apa bezanya menentang Lim Guan Eng dengan menyokong Anwar Ibrahim wahal kedua-dua punyai pendirian yang sama dalam isu ini.

Kalau benarlah video di atas palsu! Bolehkah Anwar Ibrahim bersuara menyerang Lim Guan Eng?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here