Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 29 December 2012

Bukti PAS Pengecut Dengan Lim Guan Eng


Jika anda bertanya dimana kekuatan PAS? Jawapan yang paling tepat memerangi sesama islam,  mengkhianati dan memecah-belah sesama islam adalah kepakaran PAS yang paling kuat.

PAS boleh hidup selagi dia semakin kuat membenci dan merosak pertalian sesama islam. Ini dibuktikan melalaui kenyataan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. 

Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. Pada PPM ini jelas membuktikan PAS adalah PENGECUT! BACUL dan tidak kurang juga pengkhianat kepada islam sendiri. Mereka berani serang dari jauh seperti Tuan Ibrahim menyelar Kenyataan Lim Guan Eng yang berhajat dan menutut kebenaran diberi hak kepada kristian mengeluarkan bible versi bahasa melayu dengan mengpergunakan khalimah Allah sebagai gantian nama tuhan mewakili kristian. PAS lantang dalam media alternatif haprak mereka tetapi pengecut dan bacul bila untuk membukti keberanian berhadapan dengan Lim Guan Eng. Beranikah PAS memaksa  tarik balik kenyataan Lim Guan Eng yang langsung tidak menghormati hak dan sentiviti masyarakat islam di Malaysia. Inikah rupa PAS yang diharap! sangat mengjaga agama bangsa dan negara. Kalaulah sebacul ini PAS bertindak bagus jangan berlagak didepan sebangsa dan seagama sendiri sahaja! Hakikatnya PAS bacul pertahankan agama

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Isu Terkini

get this widget here