1.9 juta atau 7,3% dari 28 juta penduduk mewakili kaum India di Malaysia. Bukan satu jumlah kecil kerana ia mampu mengubah keputusan undi dimana-mana kawasanpun. Pakatan Haram penah mendapat mamfaat besar hingga merampas lima negeri, kerana dipengaruhi peralihan kaum india kepada Pakatan Haram. Persoalannya adakah kaum india masih belum serik dengan kebiadapan, penghinaan dan kemungkiran janji-janji Pakatan haram yang sering menindas kaum India.
Tidak dapat dinafikan kaum India terpengaruh dengan Barisan Bertindak Hak Asasi India-Hindraf, tapi merujuk video dibawah penahkah Hindraf tampil membantu kaum India apabila masalah kian meruncing kerana Pakatan haram tidak puas-puas mengencing mereka.
Adakah kaum India tidak kisah kepada Azmin yang suka-suka menghina kaum india dengan perkataan "Pariah".
Sukakah kaum india melihat Anwar sanggup berjanji sebelum PRU12 tapi berdusta setelah menang, sehingga meroboh rumah penduduk kaum India di kampung Buah Pala.
Sudah lupakah kaum India dengan Kejadian berlaku Isnin 5 Disember 2011 apabila penduduk sekitar Ijok iaitu kawasan Dun MB nie sendiri berpeluang bersemuka dgn Adun mereka yg byk menabur janji semasa memancing undi pd Mac 2008. Akhirnya janji yg ditabur entah ke mana, maruah MB jolokan "Gagap"
Nampak sangat yang Hindraf adalah dipergunakan Pakatan Haram, untuk memperdayakan kaum India. Sepatutnya kaum India berasa serik dari pembohongan Pakatan Haram dari Raja Pembohong Anwar yang kemaruk sangat hendak jadi PM. Fikirkanlah Najib yang tak henti-henti membantu kaum India, kenapa hendak dinafikan keikhlasan Najib kalau itu benar-benar membantu menyelesaikan segala permasalahan kaum India.
No comments:
Post a Comment