Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 10 March 2012

BOLEH DIPERCAYAKAH LAGI ULASAN NIK AZIZ



 
Wow!! Bunyi ketegasan Nik Aziz boleh mencabar segala kejantanan PKR dan DAP, yang takut sangat hendak membubarkan DUN serentak dengan BN jika PRU13 menjelma.

KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.

“Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.

Persoalannya bila jika pemimpin tertinggi PR mula bersidang membuat satu ketetapan untuk membubarkan DUN atau tidak pada Selasa ini, jika PRU13 menjelma.Adakah NIk Aziz akan teruskan apa yang diperkatakan atau terpaksa menurut apa yang dihendaki PKR dan DAP. 

Bukankah Nik Aziz jenis selalu mudah beralah dengan auta Anwar. Tidak mustahil Nik Aziz akan melanggar lagi apa yang diucapkan. Bermakna alasan pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja. Hanya tinggal sekadar alasan yang tak bermakna!! Ishhh boleh ke!! hendak diharapkan ucapan Nik Aziz kali ini. Sebab biasanya keengganan PKR dan DAP ada agenda tersembunyi dan amat payah untuk Nik Aziz mengelak, tambahan pula ayat-ayat cinta Anwar kan "Power"!!!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here