Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 16 March 2012

Dari Himpunan Kuning,Bersih- Sekarang ada Ungu Pulak

Hai tidak habis-habis hendak buat onar!!

KUCHING: Perhimpunan Ungu yang dijadual diada-kan di Taman Sahabat dekat sini Ahad ini dipercayai didalangi pihak bermotifkan politik.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua perhimpunan selama ini yang kononnya bebas unsur politik adalah didalangi pembangkang untuk mengaburi mata rakyat.

“Apa lagi ini? Kuning…Bersih…sekarang Ungu pula? NGO (pertubuhan bukan kerajaan) mana lagi yang menganjurkan perhimpunan ini…berapa orangkah sahaja dalam NGO itu yang hendak mengajar orang Sarawak bagaimana hendak mentadbir kerajaan bersih?

“Mereka yang dua tiga orang ini yang baru pandai mengurus persatuan, ada hati hendak ajar kita bagaimana hendak mentadbir negeri… pada pandangan saya semua perhimpunan ini adalah didalangi pembangkang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, pembangkang ibarat musang berbulu ayam yang sudah pun tahu tidak akan mendapat sambutan sekiranya perhimpunan atas anjuran pembangkang. Read more:

No comments:

Isu Terkini

get this widget here