Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 11 May 2014

Ugutan DAP Berjaya Mendesak Haji Hadi Gugurkan Agenda #Hudud

Tahniah seperti yang telah diramalkan PPM sila rujuk pautan ini akhirnya Tahaluf Siyasi berjaya mengakurkan pejuangan Hudud dibuabarkan sebelum sempat dibentang di Parlimen.

KUALA LUMPUR - Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Pas sebentar tadi. 
Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. 
"Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan. 
"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," katanya.
Tetapi usahlaah dirisaukan kerana penyokong PAS tetap membuta tuli menerimanya. Tahniah Nik Aziz angan-angan mat jening ini sempatkah sebelum dia pergi?



No comments:

Isu Terkini

get this widget here