Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 12 May 2014

#Huan2BG Datuk Huan Bikin Lim Guan Eng Panas Baran Lagi #BukitGelugur


Lim Guan Eng sebenar cukup panas hati BN tidak menghantar calon, kerana dia terasa terlampau berkeyakinan yang DAP akan menang besar. Iye semua orang bertanggapan DAP akan menang besar apatah melibatkan faktor undi kasihan yang lebih hebat dari Wan Azizah semasa PRK Kajang.

Lim Guan Eng cuba mencari lepas geram dengan menyelar Datuk Huan yang kononnya proksi BN. Iyalah Datuk Huan bukanlah orang baru dalam media sosial malah beliau juga sering turun padang membantu rakyat walaupun tanpa sebarang jawatan. Berikutan serangan Lim Guan Eng, ini kenyataan Datuk Huan.
Calon Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan menafikan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau adalah proksi Barisan Nasional (BN). 
Malah, beliau membidas kenyataan Guan Eng itu yang disifatkan sebagai tuduhan melulu dan dibuat tanpa bukti sahih kerana beliau bertanding atas tiket partinya sendiri dan sebagai Naib Presiden PCM. 
Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, perlu mengakui beliau sendiri sebenarnya proksi kepada Pas kerana menyokong parti itu.
"Saya harap Guan Eng dapat dedahkan siapa sebenarnya proksi yang dimaksudkan itu kerana yang saya tahu beliaulah proksi kepada Pas. 
"Saya bertanding dalam PRK kali ini atas kapasiti parti saya sendiri dan akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik kepada pengundi kawasan itu," katanya. - UTUSAN ONLINE
Pengundi Bukit Gelugur tentu tidak asing lagi dengan siapa Datuk Huan malah bagi untuk mengenali lebih lanjut rujuk pautan biografi beliau disini.

Datuk Huan sebelum ini adalah orang yang paling lantang menyerang Lim Guan Eng atas kapasiti NGO. Itu indentiti beliau yang sering membuat panas punggung pada setiap kali Datuk Huan membongkarkan segala pekung busuk Lim Guan Eng seperti cerita ini:
HUAN CHENG GUAN merupakan antara yang lantang menentang penghapusan AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI!
Sebelum ini, Huan Cheng Guan telah mendesak agar pentadbiran Lim Guan Eng mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab meneroka tanah secara haram di Bukit Relau di Jalan Bukit Gambir. 
Huan turut mendesak kerajaan DAP menggunakan majoriti dua pertiganya dalam DUN Pulau Pinang untuk mencabar keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang mengharamkan 40 istilah Arab digunakan oleh bukan Islam di negeri itu, memandangkan Lim Guan Eng dan seluruh DAP begitu beria-ia berkempen agar KALIMAH ALLAH dibenarkan guna di kalangan bukan Islam di seluruh Malaysia. 
Di bawah sub-seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Islam Pulau Pinang 2004, 40 istilah Arab tidak dibenarkan guna oleh bukan Islam di Pulau Pinang. Pewartawaan telah dikuatkuasakan pada 29 April 2010. Mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak kurang dua tahun atau kedua-duanya sekali. sumbung baca sini
Oleh itu untuk kali ini Datuk Huan adalah calon paling sesuai untuk mengekang segala keburukan DAP kerana beliau boleh membantu menyimbangkan sifat ketamakan DAP yang terlampau menumpukan kroni melebihi rakyat. 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here