Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 15 May 2014

Tahniah SPDP Bergabung SUPP Demi Memantapkan BN Sarawak


Setelah perang senyap yang agak lama hari  berita gembira menyelubungi Sarawak setelah 6 menteri kaninet dari SPDP dan SUPP telah keluar parti dan bersatu dibawah Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras). Ini permulaan yang baik bagi memantapkan strategi PRN Sarawak yang akan datang. Tahniah.

Seramai 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari SPDP dan SUPP isytihar keluar parti untuk menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang menyokong BN.

Mereka ialah enam dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang diketuai Presidennya, Tan Sri William Mawan dan empat lagi dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diketuai Pengerusi Cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Mawan berkata, kumpulan itu akan menyertai parti pelbagai bangsa yang diluluskan pendaftarannya baru-baru ini dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).


"Kami letak semua jawatan kami dalam parti lama dan akan bekerjasama meneroka perjalanan baru dengan Wong yang diberi peranan untuk mendapatkan sokongan orang Cina terhadap parti baharu itu," katanya.

Beliau berkata, parti baharu itu akan dibuka kepada ahli SPDP dan SUPP yang berdepan masalah untuk menyuarakan perjuangan mereka.

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George LAgong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelagus.



Lima lagi ahli SPDP termasuk ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Gumbang (Batu Danau), Sylvester Entrie (Marudi) dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.

Sementara itu, ahli SUPP termasuk ADUN Bengoh, Dr Jerip Susil, Dr Johnical Rayong (Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).

No comments:

Isu Terkini

get this widget here