Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 23 December 2014

Pendedahan Panas Lembaga Pengarah #1MDB Buat @TonyPhua @RafiziRamli

Memandangkan kerakuasan Tony Phua dan Rafizi Ramli cuba mempolitik isu 1MDB DENGAN PELBAGAI TUDUHAN. tetapi sebenarnya ada banyak cerita disembunyikan mereka ini seperti yang didedahkan dibawah:

Pengerusi Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Datuk Seri Lodin Wok Kamaruddin hari ini keluar dengan satu kenyataan yang menjelaskan berkenaan kedudukan sebenar syarikat pelaburan itu.

Menurut beliau, pihak mereka sedia untuk berdebat berkenaan syarikat itu kerana percaya ianya akan memberi kelebihan dan kebaikan serta mengukuhkan lagi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

“Sebagai memenuhi keinginan untuk bersikap telus mengenai syarikat, saya telah mengadakan mesyuarat bersama pengamal media untuk mendengar keluhan dan pertikaian masyarakat terhadap kami.

“Syarikat juga telah memberikan penjelasan berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepada kami yang mana semuanya boleh dibaca di laman web kami termasuk berkenaan kedudukan kewangan syarikat,” katanya di dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga turut menjelaskan berhubung suntikan dana dan juga kedudukan hutang 1MDB yang sebenarnya disokong dengan aset mereka yang bernilai RM51.4 bilion dari jumlah hutang mereka (RM41.9 bilion).

Jumlah itu menjadikan mereka mempunyai lebihan hampir RM10 bilion bagi mengukuhkan kedudukan kewangan mereka.

Lodin juga menjelaskan bahawa adalah penting untuk memahami bahawa perkara penyelesaian melibatkan hutang kewangan adalah tidak sama.

“Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira yang akan menentukan kos wang tersebut dan juga faedah yang akan dikenakan ke atas pinjaman mahupun bon.

“Apa yang ingin dijelaskan ialah; apabila kita mengambil bon, peminjam akan berdepan dengan risiko pada tahap tertentu yang mana lebih lama tempoh kematangan bon, semakin tinggi risiko pemegang bon.

“Oleh itu bon yang mempunyai tempoh matang panjang biasanya mempunyai kadar faedah lebih tinggi,” jelasnya.

Oleh yang demikian katanya adalah tidak pelik bagi 1MDB kerana mempunyai kadar faedah bon yang tinggi memandangkan tempoh matang bon diambil syarikat tersebut adalah 30 tahun.

Menurut beliau, perkara itu sudah tentu jelas berbeza dengan syarikat Petroliam Nasional (Petronas) kerana tempoh kematangan bon mereka hanya dalam masa tiga tahun untuk bon berjumlah RM100 juta.

(klik sini) Sambung baca lebih perincian kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu yang tidak puas hati atau sengaja mahu menjatuhkan 1MDB

1 comment:

Mino said...

Sakit palak mikir...

Isu Terkini

get this widget here