Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 31 May 2013

PRU13 Kalau Aku Fisabilillah Kenapa Ke Haluan Kanan Sahaja Di PRU14


Jika anda fisabilillah bertindak seperti fisabilillah
walaupun hakikatnya anda diperlakukan seperti pengemis jalanan
anda mungkin dijanjikan dengan pelbagai tetapi ketika matlamat telah tercapai anda menjadi pengemis yang dilupakan

Itu hakikat hidup dalam perjuangan. Dalam perjuangan menegakkan agama bangsa dan negara bukan bererti anda boleh memperolehi kemewahan malah kemudahan perlu anda keluarkan sendiri walaupun peralatan dan kemudahan itu bertujuan untuk menggerakan perjuangan.

Itulah dinamakan fisabilillah bukan? Kerana disinilah maruah perjuangan kita, perjuangan walaupun memakan masa depan diri, malah dalam perjuangan kitalah juga yang sering dihina dikeji oleh pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan kita. Itu asam garam perjuangan kita. Itu belum kira ada blogger kita disaman kena tanggung sendiri. BERBEZA SANGAT DENGAN CYBERTROOPER PR

PecahPalakMikir sedih melihat kawan-kawan diperlakukan sebagai pengemis dan PPM sendiri pernah alami cuma tidak berminat untuk diluahkan. Kerana kita ini pernah bersumpah atas fisabilillah demi agama bangsa dan negara, walaupun dilayan ibarat pengemis, tidaklah boleh digadaikan prinsip dan matlamat perjuangan hanya kerana kecewa kepada individu tertentu.

Mungkin inikalilah takdir menuntut kita jangan berat sebelah hanya kerana sebuah parti walaupun kita sedar lebih 55 tahun telah berkhidmat kepada rakyat. Tetapi sebuah parti tidak bermakna jika dikalangan yang berpengaruh dan berpeluang mendapat dana lebih mementing diri dari menyelia dan membantu jenteranya yang lebih 5 tahun berjuang sejak sunami PRU12.

Itulah cerita-cerita sedih seluruh warga cybertrooper sejak pembubaran parlimen di pasca PRU13, serata Malaysia. PPM percaya masing-masing masih sedang merungut dan kecewa kerana layanan terhadap mereka cukup sadis. Tetapi mereka tetap bangkit berjuang sehingga saat-saat akhir PRU13 walaupun hati masih kecewa sehingga BN sekali lagi berjaya mempertahankan Putrajaya. Bukan setakat itu selepas PRU13 sekali lagi dikecewakan tanpa sebarang ucapan terima kasih. Tetapi masih juga berjuang

PPM amat berbangga dengan keikhlasan cybertrooper bn biar sakit tetap dengan semangat juang. sehingga selepas PRU13 mereka diabaikan.

PPM juga terasa, dan jika ada mahu bertanya adakah PPM akan berhenti setakat ini...... Pada PPM perjuangan agama bangsa negara tidak semestinya bersama BN dan tidak semesti menafikan kebaikan PR. Tetapi Agama bangsa dan Negara adalah subjek lebih besar dari parti yang menyara setengah invidu yang berkeuntungan. Oleh itu PPM masih akan terus berjuang bersama BN kerana generasi kita. tetapi tidak semesti mengikut haluan kanan kerana memperjuangkan parti atas fisabilillah kita harus jujur dengan yang baik kita peliharakan tetapi yang kusut yang menyangak dan yang mengutamakan kepentingan diri kita hapuskan dari terus wujud dalam BN. Ini penting jika kita tidak mahu BN jadi pembangkang selepas PRU14. 

Kita bertindak dari sekarang atau kita abaikan hingga semuanya musnah?

1 comment:

Anonymous said...

fisabilillah ape bende nye kalo sebar fitnah merata... ni fisabilisyaiton Umno nama nye..

Isu Terkini

get this widget here