Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, kerana menyokong teguh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei lepas, serta kerana memahami janji pilihan raya itu akan dikotakan.
Taib yang juga Pengerusi BN negeri, berkata kemenangan besar itu mencerminkan sokongan padu Sarawak terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri untuk terus meneraju negara ini.
“Ini petunjuk kekuatan rakyat di Sarawak yang bersatu, stabil dan memahami bahawa banyak lagi peruntukan akan disalurkan kerajaan persekutuan bagi pembangunan yang memberi manfaat kepada mereka seperti dijanjikan (Perdana Menteri),” katanya dalam mesej sempena sambutan Hari Gawai, di sini.
Di Sarawak katanya, setiap tahun kerajaan BN memperuntukkan 70 peratus daripada belanjawan, untuk pembangunan terutama di kawasan luar bandar, sebagai usaha mempertingkatkan taraf ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan.
Taib juga gembira kerana masyarakat luar bandar semakin peka dengan kepentingan pendidikan berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar di kawasan itu dalam peperiksaan umum.
“Mereka inilah yang akan menjadi golongan berpendidikan tinggi, menjadi pemimpin pada masa depan dan meneraju yang lain ke peringkat lebih tinggi,” katanya menambah negeri itu memerlukan lebih banyak tenaga manusia berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan yang ditawar oleh Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan tempat lain di Sarawak.
Atas faktor itulah kerajaan katanya mewujudkan enam institusi pengajian tinggi, sekolah vokasional dan pusat serta institusi latihan belia dengan kerjasama swasta bagi menyediakan pendidikan dan latihan teknikal kepada rakyat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata beliau melihat masyarakat luar bandar memahami sepenuhnya akan keperluan menyokong kerajaan BN yang mempunyai program dan strategi baik untuk membangunkan negeri serta menaikkan taraf hidup rakyat.
Kerajaan BN juga memastikan generasi muda mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti termasuk pendidikan teknikal bagi menjamin masa depan mereka.
“Terima kasih atas sokongan yang bertambah daripada masyarakat luar bandar,” kata Jabu dalam mesej Hari Gawainya.
Menurut Jabu, kerajaan BN akan membalas budi mereka dengan program dan pembangunan untuk rakyat yang bertuah mempunyai Najib dan Taib sebagai pemimpin mereka, kerana kedua-duanya bukan sahaja berkebolehan tetapi juga memahami keperluan rakyat termasuk kesukaran yang dihadapi penduduk di pedalaman.
3 comments:
Penduduk Melayu dan Bumiputera lain yang Islam dan bukan Islam, mahu dijatuhkan tamadunnya, dengan menggunakan dadah, pornografi, kebebasan seks, jenayah dan arak, supaya Malysia ni mereka dapat rampas jadi satu lagi Singapura/Israel, oleh DAP/PKR dan sekutu kuat penjajah Barat-Zionisnya!
Selain dari itu, pemimipin politik dan pekerja-pekerja JPAwam Melayu dan Bumiputera lain kenalah amat berhati-hati supaya jangan diperangkap musuh durjana melalui 'rasuah'. DAP Kit-Sial/PKRkan banyak loya-loya dan majistret mereka yang memang mainkan undang-undang macam sampah, tetapi tujuan utama mereka, nak menjatuhkan tamadun Melayu dan Bumiputera lain serta Islam!
MAKCIK Tempurung.
(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).
Maaf, komen saya yang sebelum ini, untuk yang blog lain, tersilap. Ini komen yang sebenarnya:
Tahniah kepada TS Abd. Taib Mahmud and rakyat Sarawak – saya cintakan Sarawak dan pelbagai adat resamnya serta alam sekitarnya yang amat cantik, terutamanya yang semulajadi dan budaya tradisional Bumiputera yang pelbagai.
Tetapi, malangnya, saya tertipu amcam orang bodoh dengan hasutan PKR dan Bruno Manser Foundation (BMF) –saya harap TS Taib dan rakyat Sarawak dapat memaafkan saya. Saya harap masyarakat Bumiputera Penan dan Bumiputera lain, terutamanya yang miskin, diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ketat, secepat mungkin. Bukan hanya untuk membawa pembangunan, juga kerana elemen subversive kuas asing makin merbahaya. Di Amerika Utara pun, ada system yang ketat begini untuk melindungi Tanah dan penduduk Bumiputera (Native Reserve).
Semasa saya melawati perkampungan masyarakat Penan dan lain-lain, saya dapati ramai orang Penan dan Bumiputera lain yang miskin, dihasut membenci kerajaan BN, masyarakat Melayu dan Bumiputera lain yang Islam seperti masyarakat Melanau, dan Islam. Bahkan, saya diberitahu ada orang Penan dihasut berhenti kerja dengan kerajaan termasuk sebagai guru. Dan saya ada berjumpa seorang ‘aktivis‘ BMF yang sungguh berahsia, yang sekarang saya syaki dari Intellegence Jerman – dan dia menggunakan beras dan wang untuk memperdayakan masyarakat Bumiputera miskin serta mempunyai alat-alat teknologi canggih termasuk untuk logistik. Maka ini harus disiasat dengan tegas. Bahkan Theresa Kok dari DAP dan yang lain dari PKR, selalu ke Jerman.
Lagipun, walaupun BMF berpusat di Basel di Switzerland, Basel itu bersemapadan dengan Jerman dan ramai rakyat Jerman di sana. Jadi saya amat mengesyaki. BMF telah diambil alih politik kotor dari k‘jaan dan Intelligence Jerman.
Dan dengan penemuan baru minyak-gas yang bertimbun di Malaysia Timur syarikat-syarikat gergasi Barat-Zionis marah dan dengki dnegan Petronas dan ingin menguasai semula. Oleh kerana itulah k’jaan Barat-Zionis terlibat dengan elemen subversif di Malaysia termasuk di Malaysia Timur, dan berpusat di Miri dan Kucing contohnya, melalui BMF dan Global Witness.
MAKCIK Tempurung.
(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca).
Harap2, janganlah pihak yang berwajib terlupa atau buat2 lupa pula juga bonus untuk pejuang maya tulen macam lu PPM, biarlah lu umno sekali pun yang telah bermastautin kat Sarawak, lu tetap BN & sedikit sebanyak (walaupun semua orang kat Sarawak ni tau lu lah blogger yang paling aktif giler semasa dalam UMB Sarawak, kekeke!!!) lu telah memainkan peranan besar sebagaimana yang telah lu sound kat gua dulu, "dimana langit lu pijak disitulah langit yang lu akan junjung tanpa melupai asal usul lu". Apa2 pun gua mesti benda ni, "Kan gua dah cakap dulu kan? Hati2 kena sontot dari belakang!"
Post a Comment