Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 28 April 2013

Anwar Amat Takut Dengan Agenda Wawasan 2020

Dalam tempoh tujuh tahun ini Malaysia akan jadi maju dan berpendapatan tinggi, jadi kita perlu lahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan sektor-sektor yang kita majukan selaras dengan pembangunan ekonomi," kata Tan Sri Muhyiddin semasa melancarkan kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh Jaya.

Turut hadir bersama ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Dalam majlis tersebut, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyumbang RM4.8 juta kepada UTHM untuk membeli lima unit rumah kedai bagi dijadikan kolej kediaman serta modal pusingan koperasi universiti berkenaan.

Keperluan dan kepakaran untuk pembangunan negara dilahirkan menerusi pelbagai sumber terutamanya dari universiti tempatan dan kerajaan amat menitikberatkan bidang pendidikan.

Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana di bawah Barisan Nasional (BN), pendidikan menjadi satu agenda utama Malaysia. Ini adalah aspirasi Perdana Menteri untuk melihat Malaysia mempunyai satu sistem pendidikan bersepadu dan berkualiti.

Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk memantau kerja-kerja pembinaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) yang telah dimulakan tahun ini supaya fasa pertamanya siap mengikut jadual menjelang 2016. Jawatankuasa ini akan memastikan jika projek ini bermasalah, akan ada satu tindakan segera dan perlu diberi perhatian supaya ia tidak tertangguh di man kerja-kerja pembinaan telah dimulakan di kawasan seluas kira-kira 202 hektar.

UTHM merupakan universiti pertama berminat untuk membuka kampusnya di hab berkenaan selepas pemilik tanah, Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd. bersetuju menjadikan Pagoh sebagai Bandar Universiti. 

*UTHM Miliki Infrastruktur Terkini... SETERUSNYA DI SINI

#PecahPalakMikir: Tahukah kenapa Anwar perlu jadi Perdana Menteri di PRU13. Kalau Wawasan 2020 tercapai terkubur segala impian gila Anwar tu...

No comments:

Isu Terkini

get this widget here