Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 1 May 2013

Video Azmin Ali Kerah Light Blue Manok Army Dekat sarawak

Polis kesal dengan tindakan seorang calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Petra Jaya yang menggunakan poster dengan menampilkan dirinya dalam pakaian seragam polis trafik untuk menarik sokongan pengundi.


Pegawai Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Azam Abd Hamid berkata tindakan calon itu merupakan satu tindakan yang salah dari segi etika pilihan raya.

"Polis melarang sekeras-kerasnya penyalahgunaan gambar, prasarana ataupun apa-apa berkaitan pasukan polis. Tindakan calon itu merupakan kesalahan dari segi etika seperti dinyatakan di bawah Akta Pilihanraya Seksyen 4 (A).

"Saya nasihatkan kepada calon supaya tidak membuat sesuatu seolah-olah pasukan polis bersama mereka dan menyokong mana-mana parti," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media IPK Sarawak di sini, Jumaat.

Kerusi Parlimen Petra Jaya akan menyaksikan pertandingan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Fadillah Yusuf menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib Johari. Poster yang diletakkan di Bulatan Datuk Abang Kipali Bin Abang Akip menampilkan calon PKR tersebut dalam seragam polis trafik dan berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Petra Jaya.

Sementara itu Azam yang merupakan jurucakap rasmi polis Sarawak bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berkata pasukan petugas telah diwujudkan untuk memantau perkembangan aktiviti pertaruhan semasa PRU13.

"Pasukan itu akan pantau perkembangan aktiviti pertaruhan yang berlaku. Kita akan terus kumpul risikan dan minta mereka yang punyai maklumat atau didatangi sindiket pertaruhan supaya hubungi polis bagi membantu siasatan," katanya




Penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof akan memberi fokus terhadap usaha mengurangkan kes­esakan trafik dan kepadatan penduduk di kawasan itu sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei nanti.

Beliau memberitahu, antara projek yang bakal dilaksanakan adalah pem­binaan jambatan baharu bagi menghubungkan Matang ke Stapok untuk men­gurangkan tumpuan trafik di Bulatan Jalan Astana dan Jambatan Tun Abdul Rah­man Yakub.

Selain itu katanya, projek pembangunan yang bakal dijalankan adalah pembesaran jalan dari Kampung Gita hingga ke Taman Malihah dengan pembinaan empat laluan serta pembesaran jambatan.

“Selain surat kelulusan, kerajaan pusat telah melu­luskan peruntukan sebanyak RM145 juta dan saya harap projek itu akan dapat dimu­lakan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepeas menerima watikah pelantikan sebagai calon BN, di sini, semalam.

Fadillah yang menyambut hari lahir ke-51 semalam menyifatkan watikah pelan­tikan itu sebagai hadi­ah, namun hadiah paling bermakna baginya adalah apabila mampu memper­tahankan kerusi itu pada PRU13 kelak.

Pada PRU 2008, Fadillah berjaya meraih majoriti se­banyak 12,000 undi.

“Beri saya majoriti lebih besar pada 5 Mei (hari men­gundi) kerana itu adalah hadiah yang lebih besar apabila BN diumumkan sebagai pemenang,” ka­tanya.

Bagi mengurangkan kes­esakan penduduk Matang yang sekitar 50,000, selain membantu golongan kurang mampu, beliau akan meneliti isu perumahan di kawasan itu.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Tanjung Ma­nis Datuk Norah Tun Abdul Rahman yakin lebih banyak pembangunan di kawasan itu dapat disaksikan.

Malah dalam masa lima tahun berkhidmat katanya, kawasan itu menerima pe­runtukan lebih RM700 juta, selain peruntukan tambahan RM700 juta lagi iaitu lebih daripada jangkaan.

“Saya amat berterima kasih kepada BN atas keprihatinan mereka serta agensi-agensi kerana tanpa mereka, saya tidak dapat melaksanakan program pembangunan den­gan cepat,” katanya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here