Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 19 January 2013

Apa Nasib Kami Jika DAP Mendominasi Semuanya


Mungkin ramai yang tidak sedar bagaimana DAP dan persatuan-persatuan peniaga daripada kalangan penyokong dan pembiaya DAP telah pun menjalankan tugas mereka dengan cemerlang?

Terutama bagaimana mereka monopoli menaikkan harga barang serta mengurangkan jumlah barangan keperluan di pasaran.

Malah peranan DAP tidak pernah tampil membuat sesuatu yang boleh mengekang isu yang bergini. Sebaliknya tindak tanduk DAP dalam banyak isu seperti bagaimana kerajaan Pulau Pinang membuat operasi bersih di gerai melayu dan restoran melayu di tanjung bunga, peniaga melayu di padang kota di sita kelengkapan dan penalti melebihi nilai peralatan yg di sita, peniaga dan penjaja pasar ramadhan komtar diarah tutup. majlis perbandaran merobohkan kedai motor milik melayu, parking berbayar dilanjutkan sehingga malam, surcharge air dikenakan, cukai pintu tidak diturunkan sepertimana di janji, jambatan masih bertol, BORR sg byior masih bertol, perumahan kos rendah dan mampu milik tidak dilaksanakan oleh PDC dan kerajaan negeri, majlis perbandaran tidak mengawal kedai judi haram, masjid di setengah kawasan di pulau tidak mengazankan waktu,  adun komtar suruh peniaga mamak balik india.

Ini bukti jelas menggambarkan sifat cauvinis DAP malah dalam permilihan CEC sendiri kita telah nampak bagaimana kuatnya budaya sedemikian. Jadi bagaimana kita dapat mengharapkan DAP menjadi pemerintah di peringkat nasional?

Kaum bukan Cina berdepan risiko terpinggir

SHAH ALAM 17 Jan. Utusan Malaysia - Rakyat bukan berketurunan Cina di negara ini berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Disember lalu menunjukkan parti itu tidak memberi pertimbangan kepada kaum-kaum lain.Sebaliknya, menurut beliau, hampir semua anggota CEC DAP terdiri daripada kaum Cina.

"DAP dikatakan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan Melayu, Cina dan India. Mereka kata akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman.

"Namun hakikatnya, apabila mereka berkuasa maka kemungkinan ini berlaku akan terjadi," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan penulis politik, Tan Sri Abdullah Ahmad sebagai moderator program berkenaan.Berhubung masa depan orang Melayu sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr. Mahathir memberitahu, nasib mereka tidak akan menjadi lebih baik berbanding sekarang.

Jelas beliau, dalam senario itu, walaupun segelintir ahli Parlimen pembangkang berketurunan Melayu, mereka dikhuatiri tidak akan memberi pertimbangan kepada keperluan dan kepentingan kaum sendiri.

"Kita dapat lihat di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas terpaksa ikut telunjuk orang lain.

"Dia tahu nasibnya bergantung kepada undi. Kalau orang tak sokong dia takut, kerana itu dia ikut apa sahaja yang ditunjuk kepadanya," ujarnya.

Kata Dr. Mahathir, situasi sama akan berlaku sekiranya orang Melayu masih lagi tidak sedar dan terlalu mengikut perasaan.

Dalam sidang akhbar selepas program itu, ketika ditanya tentang siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing tanpa izin di Sabah berkaitan pemberian status kerakyatan kepada warga asing yang didakwa berlaku di bawah pentadbirannya dahulu, Dr. Mahathir menjelaskan, mereka berhak menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.Katanya, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, beliau bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan. INI LUAH TUN YANG JELAS BELIAU AMAT ARIF SIAPA DAP. SELAMA TUN LAH YANG PERJUANG NASIB SEMUA PIHAK MENGIKUT PERUNTUKAN YANG TELAH DIPERSETUJUI SEMUA PIHAK SEBELUM MERDEKA. TETAPI SIFAT DAP TIDAK MEMPERLIHATKAN MEREKA AKUR DENGAN APA YANG SEPATUTNYA. BOLEHKAH KITA MEMBIARKAN PERANAN DAP MENGHAPUS SEGALANYA?
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here