Apalah nak naik angin sangat dengan Ultra Kiasu sorang ni. Setelah secara diam-diam buat rancangan, pandai pula berdalih mengelak bila diminta menjelaskan keadaan sebenar. Kelakarnya bila Guan Eng berbicara mengapi-ngapikan sentimen perkauman dengan kaedah melenting hendak saman-menyaman. Inikah tahap intergriti Menteri Besar Pulau Pinang.
Ini ekoran pendedahan Shaik Hussien tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu termasuk dengan menjual tapak masjid yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di negeri ini.
Menurutnya, Guan Eng tidak seharusnya mengganggu-gugat harta milik orang Islam dan tapak masjid itu sepatutnya dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan seterusnya diwakafkan. "Selain tapak masjid, Guan Eng juga didapati menjual tapak sekolah. Walaupun pemaju Tropicana Ivory Sdn Bhd sebelum ini bersetuju untuk membina sekolah di kawasan itu tetapi saya khuatir pelaksanaannya kelak akan diputarbelit dan mereka (pemaju) dengan hanya membina sekolah antarabangsa sepertimana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau yang menafikan hak anak orang miskin tempatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian 23 Mac 2012.
Apabila Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu. Sinar Harian 29 Mac 2012. Guan Eng enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti. Bukankah itu tindakan mementing diri dengan menyembunyikan status sebenar isu tersebut. Apakah rakyat Pulau Pinang tidak mempunyai hak mengetahui status kebenaran isu yang dibangkitkan oleh
Shaik Hussien dari Pegerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang.
Guan Eng sepatutnya menjelas secara terperinci walaupun berhajat untuk membawa kes ini ke makamah. Soal makamah itu soal antara Guan Eng dengan Shaik Hussien dan Pegerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang. Tertapi rakyat hendak tahu segera adakah Guan Eng terlibat dalam mengadaikan tapak masjid yang menjadi hak kepentingan buat umat islam di Pulau Pinang. Guan Eng jangan bermain helah untuk menanguhkan kes kerana agenda tertentu dan tersembunyi. Kami rakyat yang beragama islam mahu penjelasan segera. buktikan intergriti anda sebagai Menteri Besar Pulau Pinang yang cekap dan telus.
Kalau dah jenis Ultra Kiasu mana hendak penah mengaku mengamal dasar pilih kasih, memilih bulu sesama kaum mereka. Hairan betul MB macamni langsung tidak boleh ditegur mesti melenting punya. Kalau berani biar kerana benar bukan jadi biawak pengecut!
No comments:
Post a Comment