Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 30 March 2012

Siapa Sangka Wan Aizizah Penah Datang Merayu-rayu


Dalam dunia ini wanita bernama Wan Azizah memang dashat! Dia sepatutnya di anugerahkan isteri paling termalang di dunia kerana tahap pengorbanan yang membuta-tuli terhadap suaminya, walaupun semakin dibela semakin banyak Anwar melukakan hatinya.

Siapa penah menyangka yang Wan Azizah penah datang merayu kepada Tun Abdullah Badawi semasa menjadi Pedana Menteri Malaysia. Semata-mata memohon di lepaskan Anwar dari penjara. Itulah cerita seperti yang diceritakan oleh Ezam. Mungkin ramai tidak tahu beliau juga orangnya yang usung Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi untuk mengadu hal dan menagih simpati pada nasib Anwar yang dalam penjara. 

Dalam interbiu itu dengan Agendadaily tidak lama selepas Anwar dibebaskan Ezam dengan konfiden berkata ,” Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini (Parti Keadilan Nasional) dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini... adalah mahkamah ."

Kini Ezam-Anwar berdiri di garis padang yang berbeza.Masing-masing nak ‘sumbat gol’.Anwar dengan impian nak ke Putrajaya manakala Ezam bertekad nak menyekat bekas bosnya.

Soalnya kenapa bila Anwar sudah bebas lain jadinya? Kenapa waktu Anwar dalam penjara dan perjuangan Ezam memang ‘ gelap ‘ tidak mungkin dapat apa-apa ganjaran beliau nekad terus bersama bosnya?

Katakan Ezam kekal bersama Anwar dan dengan tsunami politik Mac 2008 sekurang-kurangnya beliau sudah menikmati ganjaran lebih dari jawatan hanya sebagai Senator.Lebih-lebih lagi beliau dari Selangor.

Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.

Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.

Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.

Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.

Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.

Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.

Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.

Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.

Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.

Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.

Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.

Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.

Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.

Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here