Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 28 March 2012

Bangsa Melayu Disamakan Dengan Bangsa Yahudi-Nik Aziz


Semakin menjadi-jadi sikap keterlaluan Nik Aziz bila bercakap soal bangsa Melayu. Kami tahulah yang Nik Aziz malu mengaku Melayu. Tertapi jangan terlampau sangat hingga memberi perbandingan dengan bangsa Yahudi. Apa hina sangatkah bangsa Melayu dimata Nik Aziz hingga bergitu tergamak disama-samakan antara Melayu dan Yahudi.


"Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain." Sinar Harian


Walau apa jua bentuk nasihat hendak diberi oleh Nik Aziz. Adakah wajar bersikap menghina bangsa melayu sehingga disama-samakan dengan Yahudi. Seolah-olah Nik Aziz tidak bersyukur menerima Qada dan Qadar Allah yang dia dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Seandainya Nik Aziz dilahirkan sebagai bangsa Cina dan bangsa India belum tentu dia beragama Islam. Bagaimana pula kalau Nik Aziz dilahirkan dari golongan Yahudi? Fikir-fikirlah jangan keterlaluan sangat. Sedangkan orang Arab memuliakan bangsanya, kenapa kita hendak menghina bangsa kita sendiri. Sepatutnya kita memartabadkan bangsa melayu sebagai perjuang syiar Islam terbaik. Supaya lebih di hormati dari negara islam dan bukan islam lain. Bukanya menghina dengan seburuk-buruknya.

Yang peliknya sejak bila pula Nik Aziz pandai mengutuk Yahudi sedangkan dia merstui Anwar mendukung keselamatan Israel “Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal. Adakah semua ini sekadar ingin menyembunyikan perasan malu Nik Aziz yang dihina terang-terang oleh Anwar. Setelah Anwar tidak memandangpun amaran kata dua Nik Aziz dan Majlis Syura yang mendesak Anwar menarik balik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ.

Bangsa Melayu tidak penting buat Nik Aziz yang dia pentingkan sangat Bangsa DAP sayang sesangat! 



4 comments:

Anonymous said...

spin.. jgn tak spin..

Anonymous said...

ni nak cakap sikit....Allah suruh kita kembangkan dan pertahankan agama islam....bukan pertahankan bangsa....yahudi punya perangai adalah terlalu taksub dengan bangsa...klau orang melayu taksub dengan bangsa...memang la sama dengan yahudi...klau semua bangsa boleh disatukan dengan agama islam...takde la issue....hg ni orang islam ka orang islam politik....jagala percakapan klau melibatkan agama...bukan apa...takut2 silap cakap...jatuh hukum salah pulak

Anonymous said...

Melayu penegak syiar Islam terbaik??rasanya bersepah dlm kelab malam bila polis bt serbuan org melayu, yg itu ke penegak syiar Islam??kaji balik sbelum brkata2..

awang dempok said...

ginilah ambo nok royak, datangnya Islam ke Tanah Melayu, disambut baik oleh orang Mealayu dan diambil sebagai ugama kehidupan mereka...walaupun berat untuk kita mengakui, bahawa jauh disudut hati, sebenarnya orang-orang melayu(datuk nenek kita) yg telah berjuang memartabatkan Islam di TMealayu ini sehinga di jadikan ugama resmi TMelayu...jadi ketidak fahaman sesetengah orang kita, kononnya mempertahankan bangsa melayu,sebagai asobiah adalah menyimpang sama sekali...kerana Nabi pernah ditanya jika seseorang itu menolong bangsanya, adakah dia dianggap asobiah ? Nabi jawab 'tidak'....apa yg berlaku di jazirah Arab dulu adalah kerana walaupun Islam, tetapi mereka mempunyai berbagai-bagai kabilah,puak,bani,kaum... maka sudah pastilah jika satu-satu puak yg diagung2kan, akan menyebabkan perpecahan antara umat Islam...tetapi bangsa melayu tidak menafikan hak bangsa-bangsa lain di TMelayu ini dan tidak minta disembah...fahaman dangkal kononnya mengagungkan Melayu, sebenarnya adalah satu tuduhan yg cetek dan berasaskan nafsu jahat semata-mata...

Isu Terkini

get this widget here